MotoGP: Zarco Sah Sertai Avintia Ducati Musim 2020

Advertisements
Sumber: Johann Zarco @ Instagram

Meskipun tiada pengumuman rasmi namun Johann Zarco difahamkan telah bersetuju untuk mewakili pasukan Avintia Ducati di MotoGP musim depan.

Sebelumm ini, Zarco dicanang sebagai pengganti Jorge Lorenzo di Repsol Honda namun segala peluang tertutup apabila pasukan juara dunia itu memilih pelumba Moto2, Alex Marquez sebagai pelumba baharu.

Avintia mempunyai kekosongan selepas memberitahu Karel Abraham bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan musim depan sekaligus membuka slot buat Zarco meskipun sebelum ini dia bertegas lebih baik turun ke Moto2 daripada sertai pasukan yang masih lagi terumbag ambing.

Bagaimanapun, menerusi temu bual dengan Moto Journal, Zarco difahamkan telah pun mengesahkan tempatnya di Avintia bagi musim 2020.

Dia mendedahkan keputusannya dipengaruhi Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Corse, Gigi Dall’lgna yang berjaya meyakinkannya sertai Avintia.

Sumber: Asphalt & Rubber

Difahamkan, kontrak Zarco berhubung terus dengan Ducati factory.

“Saya tidak menandatangani kontrak bersama Avintia tetapi dengan Ducati,” jelasnya.

Dia turut tekad mensasarkan kedudukan tujuh terbaik musim depan lantas merebut slot pasukan Ducati factory bagi musim 2021.

Zarco bakal membuat penampilan sulung bersama Avintia Ducati di Winter Test, Litar Antarabangsa Sepang, Februari depan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.