Sultan Johor Pembeli Pertama Toyota Supra

Belum sempat lagi kehangatan pelancaran Toyota GR Supra reda, Mutiara Motor Johor, selaku pengedar sulung berstatus GR Garage, mendedahkan bahawa pemilik pertama jentera tersebut adalah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut perkongsian di Facebook Mutiara Motorsport, difahamkan Sultan Johor telah berkenan dengan pilihan warna Lightning Yellow.

Toyota GR Supra A90 telah diperkenalkan di Malaysia buat julung kalinya di majlis pelancaran yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi semalam dengan harga ditawarkan bermula dari RM568,000.

Generasi kelima Supra ini dilengkapi enjin 3.0L enam silinder turbocharge dan menghasilkan 340 hp serta 500 Nm pada 1,600 hingga 4,500 rpm dan kuasa ini kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8 kelajuan oleh ZF.

Atas kertas, model A90 ini mampu mencatat kelajuan 0-100 km/j dibawah 4.3 saat!

Ketika majlis pelancaran semalam, UMW Toyota turut mengumumkan pengiktirafan GR Garage.

GR Garage merupakan status yang diberikan kepada pengedar khas sekaligus mendapat hak penjualan bagi Toyota GR Supra 2019.

Dibawah status GR Garage, orang ramai boleh mendapatkan jentera berprestasi tinggi dan barangan rasmi Gazoo Racing.

(SUMBER: Mutiara Motors @ Facebook)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.