Perodua Axia 2019 Terima Lebih 5,000 Tempahan, Pembelian Berbaloi?

Orang ramai pastinya telah sedia maklum dengan pelancaran Perodua Axia 2019 yang berlangsung Jumaat lalu.

Meskipun Perodua terpaksa menangguhkan acara tahunan terbesar, MYPerodua Nation atas faktor jerebu, pelancaran Axia 2019 sedikit sebanyak mencerahkan senario pasaran kereta nasional.

Perodua Axia 2019 didatangkan dengan enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – dengan harga ditawarkan bermula daripada RM24,900.

Menariknya, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, sebelum model tersebut dipertontonkan lagi, pihaknya telah menerima lebih 5,000 tempahan sejak tempahan dibuka 22 Ogos lalu.

“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum.

“Selama 26 tahun, Perodua telah menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

“Atas sebab-sebab ini, Perodua Kancil dan Viva telah menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan pertama.

“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik,” jelasnya.

Varian teratas, AV, telah dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih – Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 yang merangkumi:

  • Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Pra-Pelanggaran
  • Brek Pra-Pelanggaran
  • Front Departure Alert
  • Pedal Misoperation Control

Sementara varian GXtra ke atas juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang mantap antaranya:

  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • ABS
  • Pengagihan Daya Brek Elektronik
  • ISOFIX

Bagaimanapun, yang paling mencuri tumpuan adalah varian STYLE – yang ditawarkan pada harga RM38,890.

Seperti namanya, STYLE dilengkapi dengan ciri sporty antaranya:

  • bumper hadapan dan belakang
  • elemen skid plate
  • cladding badan
  • spoiler
  • moulding roof
  • rim 15 inci

“Perodua Axia STYLE baharu mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik; menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita semua, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu,” tambah Dato Zainal.

Pada masa sama, Perodua turut menjemput orang ramai untuk bertandang ke pengedar rasmi untuk merasai sendiri kemampuan Axia 2019 menerusi sesi pandu uji.

Rujuk senarai harga di bawah:

Perodua Axia 2019
Varian Trans Warna Harga S M’sia Harga M’sia Timur
E MT Ivory White RM24,090 RM26,090
G AT Ivory

White

Glittering Silver Midnight Blue RM33,490 RM35,490
GXtra Ivory White Glittering Silver Midnight Blue Lava Red RM34,990 RM36,990
STYLE Ivory White Glittering Silver Midnight Blue Sunrise Orange RM38,890 RM40,890
SE Ivory White Glittering Silver Midnight Blue Lava Red RM38,890 RM40,890
AV Ivory White Glittering Silver Midnight Blue Lava Red RM43,190 RM45,190
Semua harga atas jalan sebelum insurans. Waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu) bagi semua varian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.