MForce Lancar SYM Jet14 200 Dan Mio 110 – Harga Dari RM5,688

MForce Bikes Holding Sdn Bhd melancarkan dua model skuter baharu di majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Equatorial, Pulau Pinang, hari ini.

SYM Jet14 200

 

SYM Jet14 200 –  yang dinaik taraf daripada SYM Jet14 125 – didatangkan dengan sistem ABS  dan disc cakera yang lebih besar – 260mm depan dan 220mm belakang – sekaligus menawarkan tahap keselamatan yang lebih efisien.

 

Prestasi jentera turut dipertingkat dengan penggunaan enjin 168cc dan sistem transmisi CVT.

Jentera ini mampu mencapai kelajuan maksima 110km/j.

Model ini turut dilengkapi dengan lampu depan dan belakang LED serta Daytime Running Light (DRL).

Menariknya, sistem pembakaran juga dipertingkat yang turut mematuhi piawaian emisi Euro 4.

SYM Jet14 200 kini boleh didapati dengan tiga warna pilihan – Cedar Brown, Jet Black dan Steel Grey – dengan harga RM7,888.

Rujuk spesifikasi di bawah:

SYM Mio 110

SYM Mio 110 juga merupakan model dinaik taraf daripada Mio 100 sebelum ini.

Ciri utama yang dipertingkat ada kapasiti enjin yang kini bersesaran 110cc dan sistem pembakaran yang menepati piawaian Euro 3.

Pada masa sama, ciri luaran turut dipertingkat dengan penggunaan lampu LED, paparan meter digital serta ruang letak barang yang lebih luas.

Tampil dengan reka bentuk comel dan berat 93kg, Mio 110 mampu mencapai kelajuan 100 km/j.

Mio 110 didatangkan dengan tiga warna pilihan – Peppermint, Flamingo Pink dan Matte Black.

SYM Mio 110 kini boleh didapati di pengedar rasmi SYM dengan harga RM5,680.

Rujuk spesifikasi di bawah:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.