Bukan Enjin Toyota Tapi Masih DNA Supra, Toyota Supra Kini Di Malaysia

Kereta yang dinantikan peminat Toyota, Toyota Supra akhirnya mendarat di Malaysia menerusi majlis pelancaran kereta tersebut oleh UMW Toyota yang berlangsung di Lapangan Terbang Sungai Besi, hari ini.

Menuju ke majlis pelancaran, terdapat segelintir pihak yang berpendapat bahawa Toyota Supra baharu ini tidak membawa identiti Supra tatkala menggunakan enjin BMW B58.

Perasaan skeptikal itu mungkin ada asasnya namun segalanya bakal berubah saat berada di bahagian pemandu.

Deruman enjin 3.0L enam silinder turbocharge sebaik dihidupkan seakan melaung nama Supra yang sekian lama menyepi selepas generasi keempat dilancarkan pada 1993 dan kali terakhir pada 2002.

Bagaimanapun, generasi kelima A90 ini ternyata lebih berkuasa apabila menghasilkan 340 hp dan 500 Nm pada 1,600 hingga 4,500 rpm.

Segala kuasa ini kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8 kelajuan oleh ZF. Jadi tidak hairanlah Toyota Supra 2019 ini mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dibawah 4.3 saat!

Meskipun kontroversi perkongsian platform dengan BMW Z4 mencetuskan pelbagai perdebatan namun hakikatnya, model A90 ini masih meneruskan sejarah Supra sekaligus layak berdamping dengan kereta legenda Jepun lain seperti Nissan GT-R dan Honda NSX.

Kisah perkongsian platform dengan BMW bermula apabila Toyota bertegas mahu mengekalkan enjin enam silinder namun pengeluar kereta Jepun itu telah pun menamatkan pembinaan enjin terbabit.

Bagi mewujudkan enjin tersebut, Toyota bukan sahaja perlu menghasilkan enjin serba baharu malah perlukan kilang pembuatan enjin yang baharu.

Senario inilah yang mencetuskan perkongsian platfrom dengan BMW tatkala pengeluar kereta Jerman itu sahaja pilihan yang masuk akal yang dapat menghadirkan sebuah enjin enam silinder.

Selepas itu, bak kata orang putih, “Everything else is history.”

Tiga varian Toyota GR Supra kini di Malaysia dengan harga bermula dari RM568, 000.

Rujuk senarai harga di bawah:

  • DB42R-ZRRW SH – RM568,000
  • DB42R- ZRRW SM – RM573,000
  • DB42R-ZRRW SY – RM573,000
  • DB42R-ZRRW SG – RM580,000

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Toyota GR Supra layari toyota.com.my/vehicle/gr-lineup/supra atau hubungi 1-800-8-TOYOTA.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply