Pusat 3S Proton Kedua Dibuka Di Kota Kinabalu

Pusat 3S PROTON kedua dibuka secara rasminya di Kota Kinabalu menerusi Harapan Maju Sdn Bhd.

Perasmian pusat 3S PROTON yang menelan belanja RM 8 juta ini turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Phoong Jin Zhe dan Pengarah Pemasaran PROTON, Cheng Seng Fook.

Pusat baharu yang ini memiliki keluasan 1,686 meter persegi ini mempunyai 12 ruang servis dan boleh menampung sehingga 50 buah kereta dalam satu masa.

Sementara itu, pelanggan yang hadir juga boleh menikmati pelbagai servis antaranya WI-FI percuma, ruang minuman, tempat mengecas serta bilik solat.

Menariknya, Harapan Maju merupakan pengedar baharu yang 100 peratus dikendalikan oleh kaum hawa yang diterajui Jovinia Wong Kyau Kin selaku Pengarah Urusan.

“Kami mengambil peluang menjadi pengedar PROTON adalah kerana kepercayaan kami terhadap jenama itu. Kini, PROTON menunjukkan pencapaian yang baik di dalam pasaran.

“Orang ramai mula tertarik terutamanya dengan model-model baharu yang mengujakan. Ciri-ciri teknologi termaju serta harga yang kompetitif turut menjadi faktor yang menarik perhatian orang ramai,” jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.