Mio Malaysia Lancar Mivue 792 Dan 733 – Harga Dari RM 399!

 

Peneraju dashboard camera, Mio, mengumumkan kemasukan ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan Mio Mivue siri 7, yang didatangkan dengan waranti tiga tahun.

Mio Mivue 792 dan Mivue 733 dengan kemampuan WIFI dan GPS bukan hanya mampu mengambil video resolusi tinggi malah mampu merekodkan video sokongan secara langsung.

 

Kedua-dua unit ini akan merekodkan video sokongan secara automatik ke telefon pintar pengguna menerusi aplikasi Mivue.

Presiden MITAC Digital Technology Corporation, Steve Chang menyifatkan terdapat peningkatan dalam permintaan dashcam di Malaysia.

“Mio merupakan peneraju dalam pasaran dashcam.

“Tahun lalu, kami mendapat maklum balas positif apabila menembusi pasaran Thailand dan Vietnam. Hari ini, kami teruja kernaa dapat memperkenalkan produk ini di Malaysia,” jelasnya.

Berbeza dengan dashcam lain dalam pasaran

  • Video direkod akan terus di pindahkan ke telefon pintar secara langsung
  • Mampu merekod 5 saat sebelum dan 15 saat selepas insiden berlaku
  • Video yang telah di ‘pause’ ketika muat turun boleh dimuat turun semula bermula pada saat di ‘pause’.
  • Pengguna masih boleh menggunakan telefon pintar ketika video sedang direkodkan

 

Orang ramai boleh mendapatan Mivue 792 dan 733 pada harga RM799 dan RM399 dan pengguna akan diberikan set kecantikan MiLuxy bagi setiap pembelian.

Layari www.mio.com/my untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.