Faktor Jerebu, MYPerodua Nation Ditangguh

Perodua membuat keputusan untuk menangguhkan MYPerodua Nation – yang sepatutnya berlangsung 20 hingga 22 September ini susulan – masalah jerebu yang melanda negara.

Meskipun MYPerodua Nation merupakan acara terbesar bagi pengeluar kereta nasional kedua itu namun bacaan tidak sihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) menjadi kekangan utama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi apabila melibatkan kesihatan orang ramai.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan sekitar telah dilaporkan sangat tidak sihat dengan catatan bacaan melebihi 200. Perodua tidak akan sama sekali mendedahkan para pelanggan, pelawat dan kakitangan kami kepada sebarang risiko kesihatan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas segala kesulitan berikutan penangguhan MYPerodua Nation ini. Kami sedang mengkaji semua alternatif dan akan mengumumkan perkembangan mengenai acara ini dalam masa yang terdekat,” jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.