Hart Alami Kecederaan Serius, Kemalangan Dengan Jentera Plymouth Cuda 1970

Pelawak terkenal, Kevin Hart, telah mengalami kecederaan serius apabila terlibat kemalangan di Lebuhraya Mulholland, California.

Hart – yang duduk di bahagian penumpang – dan sahabatnya, Jared Black – yang sedang memandu kereta jenis Plymouth Cuda 1970 milik Hart – telah merempuh bahagian penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung lalu menyebabkan bahagian bumbung remuk.

Plymouth Cuda – yang diberi nama ‘Menace’itu – didatangkan dengan enjin 6.2 liter Hemi V8 turbocharged yang dikenali sebagai Hellcat.

Dibina oleh SpeedKore Performance Group, jentera tersebut tidak digalakkan dipandu oleh pemandu yang kurang berpengalaman.

Menurut laporan California Highway Patrol, seorang lagi penumpang, Rebecca Broxterman disahkan mengalami kecederaan ringan.

Meskipun Hart baru sahaja menjadi pemilik jentera tersebut Julai tahun ini namun, pelakon filem Ride Along, Get Hard, Central Intelligence dan Jumanji itu tampak perlu melupakan niat untuk melihat binatang buas itu kembali ke atas jalan raya kerana mengalami kerosakan teruk.

(SUMBER: Motorius.com)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]