Harley-Davidson Bakal Tembusi Pasaran 250-500cc Tahun Depan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Harley-Davidson, Matt Levatich mengesahkan bahawa pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu akan tembusi pasaran 250-500cc seawal tahun depan.

Perkembangan terbaru itu merupakan sebahagian daripada perancangan ‘More Roads to Harley-Davidson’ untuk memenuhi permintaan pasaran antarabangsa terhadap jentera kelas pertengahan.

“Antara perancangan ‘More Rods to Harley-Davidson’ termasuklah kerjasama dalam menawarkan motosikal bersaiz kecil premium bagi pasaran Asia. Kami mahu mengembangkan jenama Harley ke benua itu.

“Hanya setahun lagi untuk kami melancarkan model pertama,” jelasnya.

Enam tahun lalu, Harley-Davidson mengambil langkah berani dengan memperkenalkan Street 750 dan Street 500 di seluruh dunia dalam percubaan mereka untuk menawarkan model mampu milik.

Bagaimanapun, dalam segmen 250-500cc, Harley perlu berdepan beberapa jenama yang lebih popular antaranya Royal Enfield di India.

Bukan itu sahaja, pengeluar motosikal berpangkalan di Chennai, India itu juga sedang memperkuatkan pegangan dalam pasaran motosikal kelas pertengahan dengan melancarkan Interceptro 650 dan Continental GT 650.

Apa yang pasti, pasaran motosikal kelas pertengahan akan bertambah rancak dalam masa beberapa tahun akan datang sekaligus menawarkan ruang yang lebih luas untuk Harley-Davidson berkembang.

Meskipun bersaiz sederhana namun pastinya jentera tersebut akan mengekalkan ciri ikonik Harley-Davidson yang pastinya akan menarik perhatian pelanggan terutamanya pembeli muda yang sebelum ini hanya mampu berangan untuk memiliki sebuah jentera Harley mampu milik.

Mungkin pengumuman terbesar akan dilakukan pada EICMA hujung tahun ini?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]