Miliki BMW 530e M Sport dan 520i Luxury Dari RM4,558 sebulan!

BMW Malaysia memperkenalkan dua vairan baharu dalam arena kenderaan premium dengan model 530e M Sport dan 520i Luxury.

Pelancaran kedua-dua model ini secara langsung memperluaskan portfolio BMW sebagai jenama kenderaan premium paling berjaya.

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW 5 Series memiliki kisah kejayaan yang dilakar sejak berdekad yang lalu.

“Ia merupakan sedan bisnes yang paling cemerlang di dunia – lincah, elegan dan berorientasikan masa hadapan.

“Varian baharu bagi BMW 5 Series ini sekali lagi akan menetapkan tanda aras baharu dari segi estetika keatletikan dan inovasi teknologi serta terus memacu kejayaan kami ke hadapan untuk tahun yang akan datang,”katanya.

Setakat ini lebih daripada 600,000 unit telah pun diserahkan kepada pemilik baharu bagi suku pertama 2019 di peringkat global. Kejayaan itu turut dicatat di Malaysia apabila lebih daripada 3,100 unit BMW, MINI dan BMW Motorrad telah pun diserahkan.

BMW 530e M Sport yang baharu membawakan ciri atletik manakala BMW 520i Luxury yang baharu menampilkan ekspresi mewah dan progresif, menawarkan keselesaan dan teknologi tercanggih.

BMW 530e M Sport dijana dengan enjin 2 liter 4 silinder BMW TwinPower Turbo dengan bantuan sistem motor elektrik BMW eDrive sekaligus membolehkan model ini mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat dengan kelajuan maksima mencecah 235 km/j.

Sementara itu, BMW 520i Luxury didatangkan dengan enjin 2.0L 4 silinderTurbo TwinPower. Dilengkapi dengan transmisi Steptronic 8 kelajuan, model ini mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksima 235 km/j.

BMW Malaysia turut menawarkan Easy Drive di mana pelanggan yang berminat boleh memiliki model 530e M Sport bermula daripada RM 4,558 sebulan manakala BMW 520i Luxury daripada RM4,428 sebulan – berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh empat tahun.

Berikut antara tawaran lain yang boleh didapati di BMW Malaysia:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.