- Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer.
- Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya.
- Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.
Kita tidak dapat menafikan yang motosikal Honda Monkey adalah sebuah model yang cukup comel sekali, tetapi, ia tidak menghalang sebuah pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, untuk mengubahsuainya menjadi sebuah jentera yang lebih garang. Dan dengan itu, terciptalah motosikal café racer buatan khas, Kitaco Honda Monkey 125 Café.
Kitaro adalah pengeluar komponen bagi ke semua pengeluar motosikal Jepun. Mereka telah mengubahsuai motosikal tersebut menjadi sebuah motosikal café racer. Motosikal Monkey 125 Café mereka ini telah dicipta untuk acara Tokyo Motor Show. Ia juga akan diperagakan sewaktu acara Monkey Meeting kali ke-12 di Tama, Jepun.
Jika anda rasakan yang roda standard 12 incinya itu terlalu kecil, Kitaro telah menukarkannya dengan sepasang roda yang lebih kecil, hanya sebesar 10 inci. Pelitupnya adalah buatan khas, namun, majalah di Jepun ada mengatakan yang ianya mungkin akan dipasarkan. Suspensi belakang standardnya juga telah digantikan dengan penyerap hentakan Nitron dengan takungan asing.
Enjinnya juga telah dikemaskini dengan kit gerek besar 181cc NEO. Wasap ekzos disalurkan melalui paip ekzos Kitaco.
Pakej keseluruhannya dikemaskan dengan satu tema yang menjadikannya kelihatan seperti plet besi yang dipasak bersama, dengan bunga sakura menghiasinya.
Pengubahsuaian ini membuktikan betapa motosikal Honda Monkey ini adalah sebuah platform pengubahsuaian yang amat sesuai sekali.