Motosikal Aprilia Tuareg 900 Ciptaan Oberdan Bezzi

Imej hasilan konsep motosikal Aprilia Tuareg 900 oleh Oberdan Bezzi
  • Pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini.
  • Konsepnya adalah berdasarkan pada platform model Shiver 900/Dorsoduro 900.
  • Pada ketika ini, Aprilia tidak mempunyai sebarang model dwi-sukan dalam rangkaian mereka.

Aprilia merupakan salah sebuah pengeluar yang tidak memiliki rangkaian motosikal dwi-sukan. Atas sebab inilah, seorang pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini.

Sebelum ini Aprilia memiliki rangkaian yang lengkap dalam katalognya, dari 125cc hinggalah ke motosikal superbike 1000cc. Namun, kini, mereka hanya memiliki empat buah motosikal pengeluaran sahaja, ke semuanya lebih terarah kepada motosikal lumba. Di samping model Tuono V4 1100 dan RSV4 1100, mereka juga memiliki model Shiver 900 dan Dorsoduro 900.

Model Shiver 900 adalah pengemaskinian kepada model Shiver 750 yang telah berada di pasaran selama lima belas tahun. Hayatnya yang panjang itu adalah disebabkan oleh betapa ringkasnya untuk mengendalikan motosikal itu dan juga tahap reliabilitinya, Model Shiver 750 adalah salah sebuah motosikal berkapasiti tinggi yang paling boleh diharap. Ia mengisi peranannya sebagai motosikal lumba naked dengan cekap sekali.

Bagaimana pun, Bezzi berpendapat yang model tersebut boleh dibangunkan menjadi perentas padang pasir, dengan menggunakan platform enjin yang sedia ada dan melengkapkannya dengan suspensi ruang gerakan yang panjang padanya. Panel badan montok yang cantik melengkapkan lagi pakej berkenaan.

Pereka cipta berkenaan menamakan ciptaannya sebagai “Tuareg”, atas nama kaum separa nomad yang tinggal di Gurun Sahara. Bezzi mendakwa yang motosikal ini boleh memenuhi keinginan anda untuk meneroka.

Enjin V-Twin 900cc-nya itu menghasilkan 93hp dan 89.5Nm tork, meletakkannya sebagai pesaing dalam segmen dwi-sukan kelas pertengahan. Antara saingannya adalah model Tiger 800, BMW F 850 GS, dan KTM 790 Adventure. Jadi, konsepnya amat bertepatan sekali.

Jadi, adakah Aprilia akan mengambil ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan motosikal dwi-sukan dalam rangkaian mereka? Salah sebuah jenama yang lain di bawah naungan kumpulan Piaggio, Moto Guzzi, telah pun memiliki sebuah model yang bergelar V85 TT.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]