Minyak Enjin AUTOBACS Kini Di Semua Cawangan Lim Tayar!

CKL Group (M) Sdn Bhd – syarikat jenama peruncit automotif tempatan Lim Tayar – mencapai kejayaan baru bagi tahun 2019 apabila telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan AUTOBACS Seven Co Ltd.

AUTOBACS – peruncit alat ganti dan aksesori automotif berpangkalan di Tokyo – akan menempatkan produk Minyak Enjin Sintetik Penuh di setiap cawangan Lim Tayar dan AUTOBACS Malaysia termasuk pengedar cawangan alat ganti lain.

Antara yang akan dibekalkan adalah, minyak 5W-30 dan 5W-40 – bagi enjin petrol dan diesel – serta 0W-20 dan 0w-30 yang sesuai untuk kereta mesra alam.

CKL Group turut berminat untuk membekalkan Minyak Enjin Separa Sintetik AUTOBACS dalam suku ketiga tahun ini.

“AUTOBACS amat teruja teruja untuk menandatangani perjanjian pengedaran ini dengan CKL Group kerana ia membolehkan kami membekalkan pelbagai produk kami yang dihasilkan dengan teknologi penyelidikan dan pembangunan Jepun kepada pengguna-pengguna di Malaysia.

“Kami mengharapkan jalinan kerjasama yang panjang dan makmur bersama CKL Group,” kata Pengurus Kumpulan Perancangan & Pengurusan AUTOBACS Seven – Bahagian Perniagaan Luar Negara, Hidemitsu Ansai.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bersama CKL Group, Clement dan Melissa Lim melihat kerjasama ini akan memberi suntikan besar dalam memperkembangkan sektor automotif di Malaysia.

“CKL Group juga berharapan untuk mempertingkatkan tawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh tanah air,” katanya.

Minyak Enjin Sintetik Penuh AUTOBACS telah pun mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai apabila CKL dan AUTOBACS mengambil bahagian dalam pameran Automechanika Kuala Lumpur, Mac lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.