- Motosikal Harley-Davidson FLHT Electra Glide 2019 telah dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
- Ia dilengkapi dengan ciri-ciri asas yang ada pada model rangkaian Electra Glide kecuali untuk stereo dan pelana dan tempat letak kaki pembonceng.
- Harley mengatakan yang motosikal ini menawarkan ‘pengalaman mengembara yang lebih sejati’.
Motosikal Harley-Davidson FLHT Electra Glide Standard 2019 baharu sahaja dilancarkan.
Tanda nama “Standard” ini bermakna yang motosikal ini adalah sebuah motosikal “dressed-down dresser”, bak kata “The Motor Company” tersebut. Model ini didatangkan dengan ciri-ciri yang yang ada pada rangkaian Electra Glide.
Antara ciri-ciri tersebut adalah reraup “Batwing” tanda pengenalan mereka, ‘pannier’ keras, enjin Milwaukee Eight 107 inci per segi (1,753cc) yang dipautkan pada kerangka touring FLH. Selain itu, ia dilengkapi dengan kawalan bersiar, penyerap hentakan belakang boleh laras berteknologi-emulsi (dan bukannya menggunakan boleh laras udara), fork ‘bending-valve’ Showa, dan brek Brembo. Sistem pembrekan pautan refleks dan ABS adalah ciri-ciri pilihan tambahan.
Ciri-ciri lain termasuklah roda tempa aluminium dan penutup penggoncang krom bergilap, penutup ‘cam’, dan penutup ‘derby’. Pengeluarnya itu menyatakan bahawa rawatan krom itu menonjolkan lagi bentuk enjin V-Twin itu.
Bagaimana pun, ianya tidak dilengkapi dengan sistem stereo, pelana dan tempat letak kaki pembonceng.
Model ini didatangkan dalam kemasan warna Vivid Black.
Harley-Davidson menyatakan yang model Electra Standard menawarkan ‘pengalaman mengembara yang lebih sejati’.
Bagi kami, motosikal ini adalah satu titik permulaan yang baik untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Kebanyakan motosikal buatan khas Harley tidak dilengkapi dengan kelengkapan untuk pembonceng, tetapi, tiada stereo? Ini membolehkan pemilik untuk mengkhususkan sistem stereo mereka mengikut kemahuan mereka sendiri.
Harga motosikal Harley-Davidson FLHT Electra Glide Standard 2019 ini telah ditetapkan pada harga $18,899 untuk pasaran Amerika Syarikat.