Erik Buell Kembali Dengan Motosikal Elektrik Fuell!

  • Erik Buell telah kembali menghasilkan basikal dan motosikal elektrik.
  • Syarikat baharunya itu diberi nama Fuell.
  • Motosikal elektrik itu telah diberi nama “Flow”, manakala nama bagi basikal tersebut adalah “Fluid”.

Erik Buell telah kembali, kali ini dengan basikal dan motosikal elektrik.

Buell merupakan pereka casis bagi model Harley-Davidson FXR, yang mana telah dikenali sebagai motosikal Big Twin Harley dengan pengendalian terbaik sepanjang zaman. Dia kemudiannya telah menubuhkan Buell Motorcycle Company, sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Teknikal. Syarikat ini telah menghasilkan motosikal lumba naked, menggunakan enjin Harley Sportster 1200 yang diubahsuai.

Pada tahun 1998, Harley-Davidson telah membeli 98% saham syarikat berkenaan.

Buell meninggalkan syarikat berkenaan kerana dia tidak suka dikekang. Harley kemudiannya telah menutup anak syarikat Buell itu pada tahun 2009 ketika krisis kewangan.

Tetapi kisah Buell tidak berakhir di situ. Sejurus selepas meninggalkan Harley, dia telah menubuhkan Erik Buell Racing (EBR). Dia kemudiannya telah memperkenalkan model EBR 1190RS, 1190RX, dan 11990SX. Enjin-enjin motosikal ini dikatakan mampu mencapai 185hp dan 142Nm tork!

Konglomerat dari India, HeroGroup kemudiannya telah membeli 42.5% saham syarikat berkenaan pada tahun 2013 namun dengan jualan yang suram, syarikat itu telah dibubarkan.

Namun kini, Buell telah kembali lagi. Untuk kali ini, dia telah bergabung dengan pembekal Formula E, Spark Racing, bagi membina basikal dan motosikal baharu.

Syarikat baharu ini dinamakan Fuell bersempena nama jurutera tersebut. Motosikal elektriknya diberi nama “Flow” manakala basikalnya pula bergelar “Fluid”.

Motosikal “Flow” didatangkan dalam dua versi. Versi yang pertama dijana oleh motor pautan roda 35kW. Ia juga didatangkan dengan ruang simpanan 49 liter di dalam motosikal. Paparan digital penuh melengkapkan keseluruhan sistem.

Fuell mendakwa bahawa “Fluid” akan ditetapkan pada harga sekitar $10,995. Mungkin agak mahal harganya itu, tetapi, ianya masih lagi agak rendah berbanding motosikal elektrik yang lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]