Laporan Mengenai Penghentian Pengilangan Hayabusa Tidak Tepat?

  • Riuh rendah internet apabila berita mengenai berakhirnya pengilangan model Suzuki Hayabusa tersebar.
  • Pengeluar tersebut hanya menghentikan pengeluaran model Hayabusa yang patuh Euro4.
  • Ini tidak bermakna bahawa tidak akan ada lagi model baharu pada masa yang akan datang.

Seluruh warga internet telah riuh rendah apabila tersebarnya berita mengenai ‘kematian’ model Suzuki Hayabusa. Kami memutuskan untuk mengambil langkah tunggu dan lihat bagi menyaksikan apa yang akan berlaku seterusnya.

Kini,Suzuki Motor of America telah mengeluarkan satu sebaran akhbar berkenaan perkara ini. Bak kata pengarang terkemuka, Mark Twain, “The news of my death has been greatly exaggerated,”

Ini komen mereka mengenai perkara ini:

“Suzuki Motor of America, Inc. (SMAI) telah mengesahkan bahawa pengeluaran motosikal lumba Suzuki Hayabusa bagi pasaran Amerika Syarikat akan diteruskan tanpa gangguan,”

“Pengeluaran bagi motosikal Hayabusa berspesifikasi Eropah telah dihentikan kerana peraturan emisi Euro4. Situasi ini, dan laporan media mengenainya, mungkin telah menyebabkan kekeliruan serta salah faham di kalangan pengguna, media, dan pengedar di Amerika Syarikat.”

Ianya bermula sewaktu laman sesawang Suzuki Jepun mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran motoikal berkenaan. Sesetengah penerbitan dengan pantas telah melaporkannya, mengandaikan yang terburuk. “Obituari”nya telah disebarkan di seluruh dunia berbilang kali banyaknya sebelum mereka mengsahihkannya.

Pengeluar berkenaan hanyalah menghentikan pengeluaran model Hayabusa yang patuh piawaian Euro4 yang khusus untuk pasaran Eropah.

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Menggunakan Enjin 1440cc?

Dan ianya telah dijangka, memandangkan mereka sudah pasti akan memperkenalkan model Hayabusa yang patuh Euro5 pada tahun 2020. Ada yang mengatakan -bahawa ianya akan dilengkapi dengan enjin 1,440cc cas turbo, IMU, suspensi aktif, dan pelbagai lagi kelengkapan yang lain.

2019 Suzuki Hayabusa will have fully-active suspension?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]