- Kelab motosikal, Heaven MC, telah menghadiri acara Harley-davidson Petaling Jaya (HDPJ) di 3Damansara.
- HDPJ telah mengadakan satu acara peragaan di pusat membeli belah 3Damansara Mall.
- Presiden Heaven MC, Nick Lum, hadir bagi memberi sokongan untuk acara tersebut.
Gaya hidup bermotosikal memerlukan kedua-dua pengedar dan pelanggannya untuk menyokong sesama mereka. Kegagalan mana-mana pihak ini secara tidak langsungnya akan menyebabkan hilangnya kehadiran jenama berkenaan. Atas sebab inilah kelab motosikal Heaven MC telah memberikan sokongan mereka terhadap acara peragaan Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) di 3Damansara Mall.
Para penunggang dari kelab Heaven MC pada mulanya telah berhimpun di wakil pengedar Harley-Davidson Petaling Jaya di The Gasket Alley bagi menikmati sarapan sebelum menunggang menuju ke pusat membeli belah 3Damansara Mall. Di sana, mereka telah disediakan dengan tempat parkir motosikal keutamaan. Dengan kehadiran motosikal dan para penunggang telah memberi peluang buat para pengunjung untuk bukan sahaja melihat motosikal Harley dengan lebih dekat, tetapi gaya hidup yang cukup tidak asing dengan jenama ini.
HDPJ juga turut memberikan kami peluang untuk berbicara dengan encik Nick Lum, Presiden Heaven MC.
“Fokus kelab motosikal Heaven MC adalah untuk menyokong sebarang acara awam, contohnya, pelancaran, sambutan perkahwinan, dan sebagainya, bagi memeriahkan lagi acara buat orang ramai.”
“Heaven MC telah wujud selama tiga setengah tahun. Kami dapati, ke mana sahaja kelab ini berada dengan motosikal Harleynya, akan ada begitu banyak publisiti dan orang ramai akan tertumpu pada kumpulan ini. Dari segi perspektif pemasaran, itulah kesannya.”
“Kami telah dijemput oleh HDPJ untuk membawa kira-kira 25 hingga 30 buah motosikal bagi memeriahkan lagi acara untuk orang ramai. Kami telah hadir bagi acara sebelum ini untuk Skybar di Traders Hotel, tiga hujung minggu yang lalu, sewaktu MotoGP. Hadiran cukup teruja apabila mereka menyaksikan kehadiran motosikal Harley. Pendek kata, jenama Harley, jiwanya, rupa parasnya, budayanya, ke semuanya menarik perhatian awam, jadi, ianya berkesan. Acara konvensional seperti yang kita tahu selalunya dimeriahkan dengan belon, badut, bunga api, mercun, penari… Bagi saya, itu adalah acara konvensional.”
“Sebagai sebuah kelab, Heaven MC dapati yang ianya sebab yang lebih baik untuk menunggang daripada menunggang untuk makan setiap hujung minggu.”
“Kerja kebajikan itu bagus, tetapi, telah ada banyak lagi kelab-kelab yang lain yang melakukannya, jadi, kami melakukannya setahun sekali.”
“Setakat ini ianya cukup baik sekali (untuk Heaven MC). Kami mempunyai seramai 120 ahli kelab berdaftar. Kami boleh kumpul sehingga 25 orang penunggang secara puratanya dengan notis singkat. Jika diberikan secukup masa, kami yakin yang kami dapat kumpul dalam 50 hingga 60 orang penunggang untuk menyertai tunggangan mahu pun acara. Bagaimana pun, sekiranya pihak penganjur ingin mencipta impak yang lebih besar, kami boleh jemput rakan-rakan dari kelab motosikal lain bagi berganding tenaga untuk menghimpunkan sebanyak 80 hingga 100 buah motosikal dengan mudah sekali.”
“Kesan paling ketara bagi Heaven MC adalah sewaktu Harley-Davidson Petaling Jaya ini dibuka. Kami telah berganding bahu dengan HOG PJ dan berjaya mengumpulkan 500 buah motosikal untuk acara pelancaran tersebut. Ianya satu acara yang cukup berjaya. Secara asasnya pelancaran tersebut telah memberikan kami keyakinan untuk mengadakan sebarang acara di masa yang akan datang.”
“Jika anda perlukan sokongan kami sewaktu acara anda, anda boleh sahaja cari Heaven MC. Kami semua mesra-mesra orangnya.”
Begitulah ceritanya tuan-tuan dan puan-puan. Cukup seronok rasanya apabila ada para penunggang yang sudi menghadiri acara-acara bagi menunjukkan sokongan mereka, di samping bersuka ria. Dan seperti kata encik Nick, anda tidak perlu risau, mereka ini penunggang motosikal yang mesra.