Toyota Camry 2019 dilancarkan di KLIMS 2018 – RM189,900

Advertisements

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan model yang telah dipratontonkan sebelum ini iaitu Toyota Camry 2019. Model ini telah dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) yang sedang berlangsung sekarang sehingga 2 Disember 2018 di MITEC Kuala Lumpur.

Generasi ke-lapan Toyota Camry ini ditawarkan dengan satu varian sahaja dari UMWT iaitu 2.5V dengan harga pasaran RM189,900 (harga atas jalan dengan cukai SST tanpa insurans). Para pelanggan yang sudah membuat tempahan akan mula mendapat kenderaan baharu mereka mulai Disember 2018 bersama dengan waranti 5 tahun tanpa had perjalanan.

Model Toyota Camry 2019 yang merupakan unit CBU dari Thailand didatangkan dengan enjin 2.5 liter 4 silinder DOHC jenis 2AR-FE petrol diperbuat dari aluminium dan dikendalikan dengan sistem Dual VVT-i. Dari segi kuasa, Toyota Camry terkini mampu menjana 181hp pada 6,000rpm dan 235Nm tork maksimum dari 4,100rpm.

Dari segi reka bentuk luaran, gaya yang lebih moden, futuristik dan ekpresif memberi sebuah imej kenderaan yang dilahirkan dari Toyota New Global Architecture (TNGA). Toyota telah berjaya mereka bentuk sebuah kenderaan yang bukan sahaja cantik untuk dilihat tetapi mempunyai prestasi yang responsif, rangka kereta yang lebih kuat dan juga beberapa aspek bertaraf dunia untuk tahap keseronokan memandu optimum.

Ciri-ciri menarik yang lain bagi Toyota Camry 2019 adalah:

  • Toyota Safety Sense
  • Pre-collision warning
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Automatic High Beam (AHB)

Terdapat enam pilihan warna bagi generasi terkini Toyota Camry iaitu Red Mica, Platinum White Pearl Mica, Silver Metallic, Graphite Metallic dan Burning Black. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

Toyota Rush 2019 generasi baharu dilancarkan! Dari RM93,000

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.