KTM Malaysia Orange Carnival 2018 Di Sungai Petani – Pesta Hujung Tahun

  • Festival KTM Malaysia Orange Carnival 2018 di Sungai Petani meraikan ketibaan hujung tahun.
  • KTM Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan buat para pengunjung.
  • Hadiah utama bagi cabutan bertuah merupakan sebuah motosikal 200 Duke 2018.

Festival KTM Malaysia Orange Carnival 2018 telah tiba di Sungai Petani, Kedah, buat kali terakhir untuk tahun ini. Acara tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 24 November 2018.

Hari bermula dengan cuaca yang redup dan mendinginkan. Para penunggang motosikal mula membanjiri tapak, hadir di atas jenama yang pelbagai. Mereka disusuli dengan ahli Northern Dukers yang menunggangi jentera KTM. Ruang tempat letak kenderaan mula dipenuhi oleh motosikal KTM Duke dan RC yang tampil dengan pelbagai rupa paras, sama ada standard mahu pun dikhususkan.

Sejumlah besar penunggang dari pelbagai kelab motosikal dari jenama yang lain juga turut tiba pada masa yang kemudiannya.

KTM Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa para pengunjung.

Antara permainan dan aktiviti suka ria yang diadakan adalah:

  • Tunggang uji model KTM terkini.
  • Fun-Hana (gymkhana) yang mana terbuka bagi semua jenama.
  • Pertunjukan aksi lagak ngeri.
  • Kempen penyelenggaraan untuk motosikal KTM.
  • Cabutan bertuah.

Seperti yang dijangkakan, ramai yang mengambil kesempatan untuk menunggang uji. KTM Malaysia telah menyediakan hampir keseluruhan model yang mereka tawarkan. Antara motosikal yang ada adalah 250 Duke, 390 Duke, RC 250, 1050 Adventure, 1290 Super Duke GT, dan 1290 Super Duke R.

Di samping itu, telah diadakan satu pertandingan di litar “Fun-Hana”. Para peserta mempamerkan kebolehan mereka menangani laluan ‘slalom’ yang mencabar dalam masa yang terpantas.

Kempen Penyelenggaraan turut mendapat perhatian ramai. KTM Malaysia bukan hanya menyelenggarakan motosikal-motosikal tersebut, mereka juga turut melakukan ujain diagnostik menggunakan peralatan diagnostik elektronik rasmi KTM. Selain itu, juruteknik turut melakukan pemeriksaan keselamatan motosikal. Pemilik akan dimaklumkan mengenai perkara yang memerlukan perhatian.

Setiap peserta yang telah membeli “KTM Orange Carnival Pack” rasmi, layak menyertai cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini menarik minat ramai kerana hadiah utama cabutan ini adalah motosikal KTM 200 Duke 2018 serba baharu.

Akhir sekali, terdapat pelbagai tapak pameran yang didirikan pada hari berkenaan. KTM memperagakan dan menawarkan harga istimewa bagi aksesori PowerPart dan juga koleksi pakaian PowerWear mereka. Gracshaw Helmets, Elf Lubricants, dan juga wakil pengedar rasmi KTM turut hadir di festival ini.

GALERI GAMBAR