Mercedes-Benz C-Class 2019 diperkenalkan – Dari RM259,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan siri baharu Mercedes-Benz C-Class 2019 yang kini dipertingkatkan lagi dari segi reka bentuk, prestasi dan juga keselamatan untuk kegunaan seharian. Model C-Class yang juga model yang paling laris dari MBM didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan untuk gaya pemanduan yang lebih dinamik dan menarik.

Terdapat tiga varian berbeza yang ditawarkan oleh MBM bagi siri terkini C-Class 2019 iaitu Mercedes-Benz C 200 Avantgarde, Mercedes-Benz C 300 AMG dan Mercedes-AMG C 43 4MATIC. Aspek kemewahan juga telah dipertingkatkan lagi dari segi reka bentuk luaran dan juga dalaman bagi ketiga-tiga model baharu ini.

C-Class baharu ini juga telah didatangi dengan sistem bantuan memandu yang menawarkan sokongan koperasi pemandu yang turut menyediakan tahap keselamatan aktif yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini. Siri C-Class baharu juga dilancarkan dengan enjin generasi baharu empat silinder bagi model C 200 dan C 300.

Bagi model C 200 Avantgarde, sedan premium ini telah dipasangkan dengan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo baharu dengan gabungan EQ Boost yang mampu menjana kuasa sebanyak 184hp manakala model C 300 AMG Line didatangi dengan enjin 2 liter yang mampu menghasilkan 258hp dan 370Nm tork maksimum.

Jika anda inginkan lebih kuasa, model Mercedes-AMG C 43 4MATIC menyediakan pakej berkuasa tinggi dengan enjin 3 liter jenis V6 dwi-turbo yang mampu menjana kuasa sebanyak 390hp dan 520Nm tork maksimum!

Ruang dalaman bagi siri terkini C-Class juga memberi suasana yang premium kepada mereka yang inginkan elemen kecanggihan dan juga ‘sporty’ untuk melengkapkan pengalaman memandu yang menarik.

Generasi baharu C-Class juga menggunakan bahan berkualiti tinggi yang digabungkan dengan kokpit digital 12.3 inci. Reka bentuk skrin canggih ini menawarkan tiga gaya paparan yang berbeza bagi pemandu iaitu “Klasik”, “Sukan” dan “Progresif”. Paparan media 10.25 inci resolusi tinggi baru juga boleh dikendalikan dengan dua butang kawalan sentuh pada stereng yang ‘sporty’.

Ciri-ciri menarik yang lain termasuk:

  • Sistem integrasi ‘smartphone’ melalui Apple® CarPlay® dan Android Auto®
  • Sistem kunci pintar KEYLESS-GO
  • Bantuan Titik Buta (Blind Spot Assist)
  • Active Lane Keeping Assist

Mercedes-Benz Malaysia menawarkan generasi terkini C-Class dengan harga di bawah (harga atas jalan termasuk cukai SST):

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde – RM259,888

Mercedes-Benz C 300 AMG – RM304,888

Mercedes-AMG C 43 4MATIC – RM421,888

Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my.

Mercedes-Benz A-Class 2018 dilancarkan! Dari RM227,888

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply