Pandu uji Kia dan menangi percutian ke Australian Open 2019!

Naza Kia Malaysia iaitu pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, memberi peluang kepada peminat tenis tegar di dalam negara untuk menyaksikan perlawanan Singles Lelaki Australian Open 2019 secara langsung di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia!

Melalui kempen ‘Kia Lucky Drive to Australia’, mereka yang memandu uji mana-mana model Kia terkini dari sekarang sehingga 30 November 2018 akan berpeluang untuk memenangi percutian 3 hari 2 malam ke Melbourne, Australia untuk dua orang! Ia termasuk penginapan, tiket penerbangan, dan pas eksklusif untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Single Australian Open 2019.

Penyertaan penajaan pertama Kia Terbuka Australia dari 2002 telah memberi sokongan padu dengan lebih dari 100 kereta Kia baharu yang telah dibekalkan kepada Tennis Australia dan pihak penganjur Australian Open 2019 untuk memastikan semua  pemain tenis, VIP, pegawai dan media mengalami perjalanan dengan selesa dan selamat di sekitar bandar Melbourne.

Jangan ketinggalan kempen ‘Kia Lucky Drive to Australia’. Lawati bilik pameran terdekat Kia dan pandu kereta impian anda hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari www.kia.com.

Kia Stinger GT 2018 dilancarkan – dari RM239,888

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply