Max Biaggi Hadiri Pelancaran Aprilia 3S Centre Baharu Di Malaysia

  • Didi Resources Sdn. Bhd. telah melancarkan “Aprilia 3S Centre” baharu di Malaysia.
  • Duta Antarabangsa Aprilia dan Juara Dunia berbilang kali, Max Biaggi turut hadir sewaktu pelancaran ini.
  • Pusat perkhidmatan 3S ini terdiri daripada bilik pameran, pusat perkhidmatan penyelenggaraan dan fasiliti alat ganti.

Juara Dunia GP 250cc dan World Superbike berbilang kali, Max Biaggi, telah menghadiri majlis pelancaran pusat perkhidmatan “Aprilia 3S Centre” baharu di Malaysia, yang akan dikendali oleh Didi Resources Sdn. Bhd. Pusat perkhidmatan 3S baharu ini terletak di The Gasket Alley.

Pemilik dan juga penggemar jenama ini sudah pasti amat mengalu-alukan pelancaran pusat perkhidmatan ini, di mana mereka kini memiliki sebuah tempat yang boleh mereka tujui.

“Kami berasa amat berbesar hati kerana telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menguruskan jenama Aprilia, sebuah jenama yang cukup terkenal di bawah kumpulan Piaggio Group of Companies. Kepercayaan ini wujud setelah setahun kami Memperkenalkan semula jenama Moto Guzzi di Malaysia,” uar Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn. Bhd.

“Kami akan terus melabur dalam penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan dan perkhidmatan tambah nilai buat pengalaman pemilikan seperti hari litar, sokongan perlumbaan, konvoi dan perjumpaan yang unik dan khusus buat pemilik jenama ini” sambung Encik Rewi.

Majlis pelancaran ini juga menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman di antara tiga buah wakil pengedar dan Didi Resources Sdn. Bhd. Wakil pengedar tersebut adalah Welly World Cycle (Sungai Buloh), Sheng Fatt Superbike (Pulau Pinang), dan Soon Hin Co. (Kuantan).

Selepas itu, Max Biaggi telah memperkenalkan kotak jenama Aprilia, sebelum dia dibawa melawat fasiliti berkenaan. Ketua Jabatan Perkhidmatan Selepas Jualan Aprilia dan Moto Guzzi Malaysia, Idon Pang mengiringi Biaggi melalui bengkel dan bilik pameran.

https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/579741939148015/

Kemeriahan diteruskan dengan Biaggi menandatangani plak bilik pameran sebelum meneruskan dengan menandatangani barangan para peminat.

Penunggang semasa bagi pasukan Aprilia MotoGP, Aleix Espargaro dan Scott Redding menyertai kemeriahan ini selepas itu dan menyertaikan sesi tandatangan.

Pusat perkhidmatan “Aprilia 3S Centre” baharu ini terletak di The Gasket Alley, Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply