Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Naza Prestige Sdn. Bhd.

  • Naza Prestige telah menyambut ulang tahun ke-10 mereka dengan mengadakan satu konvoi pada pagi hari Sabtu bersama dengan pelanggan setia mereka.
  • Lebih kurang 50 orang pelanggan setia telah turut serta dalam tunggangan ini bagi menunjukkan sokongan mereja terhadap konvoi ulang tahun ini.
  • Naza Prestige akan terus setia memberikan sokongan terhadap para pelanggan mereka dengan perkhidmatan selepas jualan yang hebat.
  • Syarikat ini turut mengadakan jualan akhir tahun dengan diskaun sehingga 70% untuk barangan terpilih.

Naza Prestige Sdn. Bhd. sudah berkhidmat buat para pelanggannya selama sepuluh tahun, dan bagi meraikan satu dekad mereka dalam menyediakan perkhidmatan motosikal yang hebat dan penganjuran tunggangan yang menyeronokkan, syarikat tersebut telah mengadakan satu konvoi yang disertai lebih kurang 50 orang penunggang.

Konvoi kali ini dimulakan dari perkarangan Naza Automall di Petaling Jaya, di mana para penunggang telah berkumpul untuk menikmati sarapan pagi dan mengambil peluang ini untuk membeli-belah di bekas cawangan Harley-Davidson, sebelum dilepaskan oleh Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Konvoi kali ini memulakan perjalanan menuju ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan, sebelum kembali ke Naza Automall untuk makan tengah hari.

“Ianya 10 tahun yang cukup menakjubkan buat Naza Prestige Sdn. Bhd,, dengan lebih begitu pencapaian yang telah dikecapi. Kami menganjuri konvoi ini sebagai salah satu tanda terima kasih buat para pelanggan setia kami, dan kami amat berbesar hati kerana mempunyai sokongan yang begitu teguh. Kami akan terus menyokong para pelanggan kami melalui perkhidmatan selepas jualan yang hebat dan kami berharap akan dapat terus menganjurkan tunggangan sebegini pada masa yang akan datang,” ujar Dato’ Samson mengenai konvoi berkenaan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa Naza Automall kini menjadi tempat bagi hampir ke semua jenama empat roda dan dua roda Naza, di bawah satu bumbung. Ini menjadikan Automall ini sebuah pusat satu henti yang hebat bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari motosikal atau kereta mereka yang berikutnya, dan kami pada masa yang terdekat ini akan menawarkan lebih banyak tawaran hebat serta aktiviti buat para peminat kereta dan motosikal di Naza Automall,” tambah Dato’ Samson lagi.

Naza Prestige Sdn. Bh. turut menganjurkan Jualan Akhir Tahun untuk ke semua barangan mereka dengan diskaun sehingga 70% untuk barangan terpilih.