Ducati Lancarkan Keseluruhan Rangkaian 2019 Di Ducati World Premierè 2019

  • Ducati bakal melancarkan keseluruhan rangkaian 2019 mereka di Ducati World Premierè 2019.
  • Acara itu dijadualkan berlangsung pada 4 November di Milan (5 November di Malaysia).
  • Pelancaran tersebut akan berlangsung dua hari sebelum permulaan acara pertunjukan motor EICMA.

Ducati telah mengumumkan di laman sesawang mereka bahawa mereka akan memperkenalkan keseluruhan rangkaian 2019 mereka pada 4 November 2018, dua hari sebelum acara pertunjukan motor, EICMA. Acara ini telah diberi nama “Ducati World Premierè 2019”, dan akan bermula pada jam 7 petang, waktu Milan (1 pagi, 5 November di Malaysia).

Ini bermakna yang acara ini akan berlangsung sejurus selepas berlangsungnya pusingan MotoGP Malaysia 2018.

Kami menyangkakan bahawa kita telah melihat ke semua model Ducati 2019, namun ternyata sekali yang jangkaan ini meleset sama sekali. Pengeluar dari Itali itu sebelum ini telah pun melancarkan model Multistrada 1260 Enduro 2019, dan rangkaian Scrambler yang terdiri daripada Icon, Full Throttle, Café Racer, an Desert Sled. Selain itu, model XDiavel juga akan didatangkan dengan warna baharu dan model Diavel 1260 juga bakal dikemaskini. Jadi, apa lagi yang tinggal? Model Panigale V4 R. Dan mungkin sekali ada model lain yang bakal mereka perkenalkan.

Buat sementara waktu ini, Ducati masih lagi belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai pelancaran tersebut, jadi, kita hanya boleh menunggu sehingga saatnya tiba.

Bagaimana pun, Ducati telah menjemput kita semua untuk menyertai acara tersebut, secara maya. Acara Ducati World Premierè 2019 akan disiarkan secara langsung di laman sesawang rasmi Ducati dan juga laman Facebook rasmi Ducati. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan pelancaran tersebut!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]