UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja melancarkan Toyota Rush 2019 generasi baharu. Pelancaran ini diadakan sempena pusingan kedua Toyota Gazoo Racing Festival yang akan berlansung dari 20 – 21 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang.
Model terkini Toyota Rush 2019 ini kini didatangi dengan reka bentuk yang lebih ganas, moden dan juga dinamik. Para peminat kenderaan jenis SUV dengan tujuh tempat duduk akan dapati bahawa Toyota Rush baharu dengan imej baru memberi gaya dan aura yang lebih anggun dan aliran yang lebih ‘smooth’.
Dari segi luaran, Rush generasi kedua ini memiliki rupa bentuk yang lebih dinamik bernama ‘R-BLADE’. Diinspirasikan dari garisan tajam dan gabungan dwi warna memberikan impak visual yang lebih moden dan mewah sesuai untuk keluarga masa kini.
Setelah 10 tahun di pasaran dah lebih dari 18,000 unit dijual, generasi kedua Toyota Rush ini direkabentuk untuk kekuatan dan juga praktikal untuk kegunaan seharian. Bersama dengan model baru ini, Toyota juga telah memperkenalkan 360-T yang merangkumi tiga elemen berbeza untuk para pelanggan iaitu Safe-T Plus, Connectivi-T dan Guaran-T.
Ketiga-tiga elemen ini memberi sebuah pakej yang disediakan oleh UMW Toyota dimana sistem keselamatan yang terkini akan ditawarkan sebagai standard bersama dengan teknologi sambungan, hiburan dan ketenangan fikiran sepanjang tempoh pemilikan model-model terkini.
Jika dibandingkan dengan generasi Toyota Rush sebelum ini, model 2018 mempunyai pelepasan jalan setinggi 220mm yang sesuai untuk menharungi pelbagai keadaan jalan bersama panjang 4,435mm, lebar 1,695mm dan jarak roda sebanyak 2,685mm. Dimensi model Rush terkini memberi ruang kabin yang lebih selesa dan juga gaya pemanduan yang lebih dinamik.
Toyota Rush 2018 juga dikuasakan dengan enjin baharu dari Toyota iaitu enjin 1.5 liter 4-silinder dengan 16 injap bersama DOHC dan juga VVT-I (Variable Valve Timing with Intelligence). Dua varian berbeza yang akan ditawarkan oleh UMW Toyota dimana enjin yang mampu menjana 102hp pada 6,000rpm dan 136Nm tork maksimum pada 4,200rpm yang dipasangkan kepada transmisi jenis automatik 4-kelajuan.
Toyota Rush 2019 ini juga dilengkapi dengna sistem automatik ‘Stop-Start’ untuk meningkatkan lagi penggunaan petrol optimum setinggi 15.6km/liter. Ini juga telah berjaya mendapat pengiktirafan EEV (Energy Efficient Vehicle) dan juga penarafan 5-bintang dari ASEAN NCAP.
Spesifikasi lain termasuk:
- Enam beg udara
- Kawalan kestabilan kenderaan (Vehicle Stability Control)
- 217 liter kapasiti kargo (boleh diubahsuai sehingga 514 liter)
- Skrin sentuh 6.8 inci dengan fungsi ‘mirror’ yang boleh disambungkan terus kepada telefon pintar
- Lampu depan LED automatik
- Rim ‘sport’ 17 inci
- Panoramic View Monitor (PVM)
- Multi-Info Display
- Digital Video Recorder (DVR)
- Blind Spot Monitor (BSM)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Pre-Collision System (PCS)
Toyota Rush 2019 dianggarkan di pasaran mulai Januari 2019 dengan anggaran harga RM93,000 untuk varian G dan RM98,000 untuk varian S. ini didatangi dengan waranti tanpa had selama 5 tahun terima kasih kepada pakej baharu 360-T. Terdapat 5 pilihan warna iaitu White, Silver Metallic, Dark Gray Metallic, Blue Metallic, Dark Green Metallic.