Fattah Amin dilantik sebagai duta Toyota C-HR

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan pelantikan Fattah Amin, seorang pelakon dan selebriti terkenal di Malaysia, sebagai duta bagi SUV crossover kompak Toyota C-HR. Ini sekali gus merupakan lanjutan kerjasama antara beliau dan UMWT selepas penglibatannya di dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama sebelum ini.

“Ramai yang pernah menyaksikan penampilan Fattah Amin di dalam iklan Toyota C-HR semasa pelancarannya awal tahun ini. Kini, melalui kerjasama terbaru dengan beliau sebagai duta model SUV crossover kompak berkenaan, kami ingin memanfaatkan pengaruhnya yang luas dalam kalangan peminat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap model ini serta jenama Toyota secara umumnya,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

“Saya sangat gembira untuk melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat sama di dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota,” jelas Fattah.

Berkenaan Toyota C-HR, beliau juga telah berkata “Ini tentunya sebuah kenderaan dengan karektor yang kuat, dan saya sangat gemarkan penampilan serta gayanya yang sporty. Malah, kesegaran rekaan yang ditunjukkan juga sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. Rakan serta peminat-peminat saya juga sangat kagum dengan imej model ini.”

“Saya sudah memandu C-HR selama sebulan dan merasakan bahawa enjin 1.8 liter yang digunakan mampu memberikan saluran kuasa yang memadai untuk pemanduan yang lancar dan stabil. Tambahan pula, ruang kargo yang tersedia sangat mencukupi untuk saya membawa sama apa saja barangan yang diinginkan,” tambah beliau.

Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST tanpa insurans), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan pada Mac lalu. C-HR dibangun menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA) yang mengubah struktur rekaan kenderaan dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik.

Ciri-ciri keselamatan yang melengkapinya termasuk ABS dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TC), brek parkir elektrik serta kawalan bantuan mula mendaki (HAC). Model ini juga datang denganciri lain seperti amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem tinjauan titik buta (BSM) dan begitu juga dengan sistem tinjauan tekanan tayar.

Seperti kebanyakan model-model Toyota yang diedarkan oleh UMWT, C-HR turut menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Toyota juga sedang menjalankan kempen “All About The Drive Bonanza” hingga 31 Disember 2018. Setiap pelanggan yang hadir untuk sesi pandu uji mana-mana model Toyota di bilik  pameran seluruh negara akan layak menerima hadiah cenderahati Toyota serta peluang untuk memenangi produk premium serta pakej percutian. Pelanggan yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum hujung tahun ini pula akan berpeluang memenangi MPV kompak Toyota Sienta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan C-HR dan promosi berterusan “All About The Drive Bonanza” di mana-mana cawangan sah Toyota seluruh Malaysia, atau layari www.toyota.com.my.

Menangi RM60,000 dalam kejohanan Toyota Velocity Esports!