Omar Jumiran Harumkan Nama Malaysia Di Kejohanan AMD World Championship of Custom Bike Building

Omar Jumiran, pembina motosikal buatan khas dari Eastern Bobber, telah memenangi tempat kedua di kejohanan “AMD World Championship of Custom Bike Building”.
Motosikal buatan khas ciptaan Omar, Bone-X, berjaya mengalahkan pelbagai motosikal buatan khas yang lain.
Perjalanan dan penyertaan Oma di AMD Intermot telah ditaja oleh Motonation.

Omar Jumiran, pembina motosikal buatan khas dari Eastern Bobber, telah dinobatkan sebagai Naib Juara di kejohanan “AMD World Championship of Custom Bike Building” yang berprestij di acara pertunjukan motosikal Intermot di Cologne, Jerman.

Motosikal buatan khas ciptaan Omar, Bone-X, adalah pemenang di pertandingan Motonation Custom Ride Championship 2017 di Cyberjaya, Malaysia. Penghakiman telah dilakukan oleh ‘Showmaster’ AMD, Neil Blaber. Bone-X berjaya mengalahkan motosikal pesaing yang lain dan melayakkan Omar untuk bertanding di peringkat akhir AMD di Jerman.

Arca Dua Roda Bone-X Karya Eastern Bobber

Motonation telah menaja perjalanan Bone-X dan Omar ke acara Intemot tersebut.

Bone-X dengan mudah telah berjaya mengharungi pusingan permulaan dan memasuki finalis 10 teratas. Penghakiman telah dilakukan oleh sesama para pembina sendiri beserta dengan beberapa orang VIP yang dipilih secara teliti. Mata diberikan berdasarkan kreativiti, pelaksanaan, kekemasan, dan juga beberapa buah kriteria yang lain.

Motosikal ciptaan Omar telah mendapat tempat kedua setelah matanya dikira. Pemenangnya adalah “Insomnia”, binaan pembina motosikal buatan khas dari Russia, Dmitry Golubchikov.

Ke manakah hala tuju arena pembuatan khas negara?

Malaysia mempunyai ramai bakat pengkhususan motosikal, namun, mereka hanya bergerak secara “bawah tanah” sejak berdekad lamanya akibat kurangnya penghargaan, bukan dari para peminat, tetapi oleh agensi kerajaan yang tertentu. Ramai antara para pembuat motosikal khas ini tidak memperoleh sebarang keuntungan dari usaha mereka, namun atas semangat yang membara untuk mencipta hasil karya seni atas roda yang menakjubkan, mereka meneruskan usaha dalam bidang pengkhususan ini.

Acara seperti Art of Speed dan Motonation (dalam bentuk yang lebih kecil memandangkan ianya masih baharu) telah menyorot perhatian terhadap para pembina ini dan juga ciptaan mereka tetapi masih banyak yang perlu dilakukan, kerana lebih banyak publisiti yang diperlukan. Dan publisiti memerlukan wang.

Kejayaan Omar Jumiran di pentas antarabangsa sudah pasti akan mendorong pihak berkuasa dan juga pihak swasta untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada kancah motosikal buatan khas Malaysia baik untuk acara tempatan mahu pun antarabangsa.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply