Moto Guzzi V85 TT Dilancarkan Secara Rasmi Di Intermot

  • Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan model V85 TT di pertunjukan motosikal Intermot.
  • Motosikal ini menggunakan enjin 850cc yang baharu.
  • Moto Guzzi juga turut memperkenalkan motosikal ini dalam kemasan warna yang baharu.

Benar, kita telah melihat begitu banyak gambar motosikal kembara Moto Guzzi V85 TT, tetapi kami tetap tidak jemu melihatnya. Moto Guzzi akhirnya telah memperkenalkan secara rasmi motosikal tersebut di pertunjukan motosikal Intermot setelah berbulan lamanya gambar dan fail paten ‘dibocorkan’.

Moto Guzzi Dedahkan Gambar Rasmi Rasmi V85 TT

Moto Guzzi juga telah menambah satu kemasan warna yang baharu bagi model tersebut sewaktu pelancarannya, bersama dengan bagasi belakang dan sisi aluminium.

Selain dari itu, berita yang paling menarik adalah pada enjinnya. Enjin ‘V-Twin’ 90º 850cc yang dipaut melintang mungkin tampak seperti enjin yang menjana rangkaian V9, tetapi ia sebenarnya sebuah enjin serba baharu. Ia dilengkapi dengan aci engkol yang lebih ringan, masukan bahanapi yang lebih besar, injap dan omboh lebih besar dengan ‘skirt’ yang lebih pendek. Perubahan ini melonjakkan keluaran kuasa hingga 80hp, berbanding 55hp pada model V9.

Yang lebih mengujakan adalah enjin baharu ini akan dijadikan platform untuk model Moto Guzzi akan datang.

Enjin ini dipaut pada kerangka tiub keluli trellis sebagai ‘stressed member’ untuk “kekerasan luar biasa” (menurut Moto Guzzi).

Suspensi belakang dipaut secara asimetrik kerana perumah lengan ayun/aci pacu juga asimetrik ke arah bahagian kanan motosikal, menjadikannya lebih mudah dipaut pada aturcara penyerap hentakan boleh laras sepenuhnya. Suspensi hadapannya terdiri daripada fork terbalik boleh laras sepenuhnya. Ia sepatutnya ruang gerakan suspensi yang cukup banyak, berdasarkan gambarnya – sesuai untuk penunggangan denai tanah merah.

Moto Guzzi mengatakan yang model V85 TT ini mempunyai fungsi yang setara dengan rupa bentuknya. Reka bentuknya mengimbau kembali kepada zaman kegemilangan ‘Paris-Dakar Rally’ pada tahun 80-an di mana motosikal berkapasiti besar menguasai gumuk pasir di Utara benua Afrika. Pengeluar itu juga mendakwa bahawa motosikal ini diterapkan dengan keringanan, kelincahan dan kebolehan ‘off-road’ yang sejati.

Kami berharap yang motosikal ini akan tiba di tanah air dalam masa terdekat ini. Motosikal Moto Guzzi V85 TT sudah pasti dapat memanfaatkan gelombang ‘adventure-touring’ sekiranya ianya ternyata hebat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply