Triumph Street Scrambler 2019 Diperkenalkan Di Intermot

  • Triumph telah mengemaskini model Triumph Street Scrambler 2019.
  • Kemaskininya merangkumi bahagian casis ke enjinnya, hinggalah bahagian kosmetiknya.
  • Kemaskini ini akan menjadikan motosikal ini jauh lebih menyeronokkan.

Model Triumph Street Scrambler 2019 juga turut dilancarkan seiringan dengan motosikal Triumph Street Twin 2019 di Intermot 2018.

Pengemaskiniannya itu sudah pasti akan melonjakkan lagi tahap keseronokan motosikal tersebut melebihi model Street Scrambler semasa yang sudah pun amat menyeronokkan, yang mana merupakan pewaris sejati bagi motosikal TR6 Trophy yang digunakan dalam sebuah filem klasik “The Great Escape”.

TESTED: Triumph Street Scrambler – “Escapism”

Enjinnya adalah enjin ‘parallel-Twin’, engkol 270º, sejukan cecair, 900cc yang dikongsi dengan model Street Twin, dan dengan itu telah mendapat manfaat peningkatan sebanyak 10hp, beserta dengan kefleksibelan siling rev 7,500rpm yang lebih tinggi.

Pengemaskinian yang lain pada enjinnya termasuklah pelitup cam magnesium yang lebih ringan, aci mati dan aci pengimbang, beserta dengan klac bantuan tork yang mengurangkan daya untuk mengoperasikan tuil dan juga memberikan perasaan yang lebih positif.

Kuasa pembrekan juga telah dipertingkatkan, di mana motosikal ini dilengkapi dengan angkup hadapan empat omboh Brembo. Forknya adalah dari jenis kartrij dan dijarakkan dengan lebih lebar untuk kawalan yang lebih baik. Triumph juga turut menawarkan sistem pengawasan tekanan tayar pilihan tambahan.

Triumph juga telah mengemaskini sistem elektrikal motosikal ini, dengan menambah sebuah pemegun, lampu belakang LED, dan palam pengecas USB.

Mod kuasa, kawalan cengkaman, dan ABS datang sebagai kelengkapan standard. ABS-nya boleh dimatikan sekiranya penunggang ingin menunggang motosikal ini di atas jalan tanah merah.

Motosikal Triumph Street Scrambler 2019 ini juga telah dilengkapi dengan estetik baharu tanpa mengubahsuai rupa bentuk keseluruhannya. Ia didatangkan dengan tolok kelajuan, pelitup pelana, panel nombor serta grafik yang baharu.

Seperti mana dengan model Street Twin, Triumph juga turut menawarkan “Inspiration Kit” untuk motosikal Street Scrambler. Bergelar “Urban Tracker”, kit ini didatangkan dengan pannier 25 liter dan kit pemaut, ekzos dari Vance & Hines, penutup minyak hitam yang dimesin CNC, pendakap palang pemegang berwarna hitam, kit papan nombor, pelana bangku kit ‘dresser bar’ berwarna hitam, gril lampu hadapan, madgad hadapan dan pelindung tadahan minyak yang tinggi.

GALERI GAMBAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.