Tunggang Uji Honda CB650F 2018: Si Serba Boleh

  • Model Honda CB650F 2018 adalah versi naked bagi motosikal ber-reraup CBR650F.
  • Kedua-dua motosikal ini berkongsi enjin yang sama namun dengan dinamik penunggangan yang berbeza.
  • Model CB650F ini dihasilkan sebagai sebuah motosikal lumba naked, namun, ia juga merupakan sebuah motosikal yang serba boleh.

Kami telah menunggang uji pelbagai jenis motosikal. Adventure-tourer, tourer mewah, supersports, skuter, cruiser, standard, café racer, modern klasik, retro dan bermacam-macam lagi. Kebanyakan padan dengan kategori mereka masing-masing dan melakukan tugas mereka dengan baik sekali, dengan satu matlamat tunggal. Namun, Honda CB650F ini tampak seperti mampu melakukan hampir ke semuanya.

Dilancarkan bersama saudaranya yang ber-reraup, CBR650F, model CB650F ini berketrampilan sebuah motosikal lumba naked. Ia tampak jelas sekali dengan bahagian badan yang berbilang segi, enjin yang terdedah dan tidak terselindung beserta empat kepala paip ekzos, dan pelana yang bertingkat.

Tunggang Uji Honda CBR650F 2018 Antara Dua Dunia

Enjin ‘inline-Four’,16 injap, DOHC, sejukan cecair, 650cc ini dikongsi bersama motosikal CBR650F, seperti mana dengan kebanyakan bahagian pada motosikal ini, kecuali pada bahagian lampu hadapan dan palang pemegang.

Posisi duduk motosikal CB650F ini meletakkan penulis pada kedudukan menunduk ke hadapan yang cukup baik tanpa perlu saya melambakkan perut di atas tangki dan mengangkat punggung tinggi. Sudut duduknya adalah antara gaya tunggang menegak Yamaha MT-07 dan Honda CBR650F yang agresif.

Pelananya mungkin tampak tinggi, namun, ia pada ketinggian yang cukup sesuai sekali, yang mana boleh ditunggang oleh kebanyakan penunggang, manakala tempat letak kakinya pula diletakkan agak tinggi dan ke belakang untuk kelegaan tanah.

Tekan sahaja butang pencucuhnya, motosikal itu terus hidup dengan bunyi ‘boom’, atas jasa empat silindernya. Enjinnya terasa lancar sewaktu penulis memulas pendikit, walaupun terasa sedikit getaran yang menggegarkan beberapa bahagian tertentu pada badannya.

Model CB650F ini memerlukan lebih sedikit mainan klac untuk bermula, namun, kuasanya boleh dirasai dengan segera, diikuti dengan bunyian yang menggerunkan dari kotak udara dari bawah tangki bahanapi. Seperti mana yang didakwa oleh Honda, enjinnya telah ditala untuk tork jangkauan rendah ke sederhana dan ia memecut dengan agak pantas bagi sebuah enjin ‘inline-Four’ tahap pertengahan, melalui kotak gearnya yang lancar sewaktu ia dipacu oleh daya kilas tersebut dalam menangani trafik yang sesak.

Enjinnya berfungsi lebih seperti motosikal tiga silinder sebenarnya, kerana akan sentiasa ada tork di setiap tahap sehingga 8,000rpm. Malah, anda boleh menyelusuri trafik pada kelajuan 60km/j dalam gear keempat tanpa sebarang senggutan. Ia jauh lebih memudahkan kerana anda tidak perlu kerap menukar ke gear yang lebih rendah atau tinggi.

Namun, apabila trafik mulai lancar, CB650F menunjukkan kemampuannya dan meluncur laju dan terus bertambah laju dengan pantas. Sering kali penulis mendapati diri menunggang lebih laju dari sepatutnya. Dengan adanya 90hp dan 64Nm dalam tangan, agak sukar untuk tidak melakukannya.

Kini, motosikal ini telah terbukti berkebolehan sebagai motosikal sport-tourer, di mana ia mampu kekal pada kelajuan tinggi yang saya inginkan. Tetapi, ia ada satu lagi kejutan di sini: Kebanyakan motosikal naked sudah pasti akan membuat anda terasa seperti dihentam angin pada kelajuan 130km/j, namun, saya dapati yang saya mampu duduk menegak dengan santai pada kelajuan 160km/j. Ini adalah atas jasa posisi duduk motosikal berkenaan.

Getaran yang biasa ada dengan enjin ‘inline-Four’ tetap dirasai pada kebanyakan masa namun ia lebih reda pada kelajuan melebihi 110km/j. Masih banyak lagi kuasa yang ada pada kelajuan ini di mana dengan satu pulasan pendikit penulis mampu memintas sebarisan kereta dengan pantas.

Pengendalian motosikal Honda CB650F ini agak baik dan lebih lincah berbanding CBR650F, walaupun dengan ‘rake’ 25.5° dan ‘trail’ 101mm yang sama. Palang pemegangnya yang lebih tinggi bermakna lengan anda lebih lurus ke depan sewaktu menggenggam palang pemegang, dan dengan itu, daya ‘countersteer’ anda lebih lurus kepada palang pemegang. Berbanding dengan motosikal yang palang pemegangnya lebih ke bawah di bahagian hadapannya, ada satu kecenderungan untuk menekannya ke bawah untuk menampung berat bahagian atas badan anda, mengakibatkan pemanduan arah yang lebih perlahan.

Motosikal ini tidak melawan sewaktu dipacu memasuki selekoh, walaupun hanya dengan pakej suspensi asas. Motosikal ini ditangani oleh fork SDBV (Showa Dual Bending Valve) tidak boleh dilaras yang sama seperti CBR650F di bahagian hadapan dan penyerap hentakan ‘monoshock’ di belakang (boleh dilaras untuk pra muatan sahaja). Namun, suspensi ini ternyata terasa lebih baik pada CB650F di mana saya tidak terasa berat bahagian atas badan yang banyak di bahagian hadapan.

Satu-satunya perkara yang perlu saya ingatkan diri adalah untuk memasuki selekoh pada tahap gear satu aras lebih tinggi kerana tork enjinnya menghasilkan pembrekan enjin yang berat sewaktu anda melepaskan pendikit. Bagaimanapun, ini adalah hanya kesukaan peribadi penulis di mana saya lebih gemarkan motosikal yang ditunggangi untuk ‘freewheel’ memasuki selekoh. Saya pasti akan mengurangkan beberapa gigi pada gegancu belakang atau lengkapkannya dengan klac gelingcir jika motosikal ini milik penulis.

Ini membawa kita kepada benda yang saya kurang suka pada motosikal ini. Pecutannya terasa amat serta merta sewaktu pendikit dipulas dari kedudukan mula. Bukan sewaktu motosikal melahu, tetapi sewaktu menunggang dan menukar gear pada kelajuan rendah, mengganggu penunggangan yang lancar. Saya perlu menanganinya dengan memastikan saya tidak melepaskan sepenuhnya pulasan pendikit.

Secara keseluruhannya, Honda CB650F 2018 ini adalah sebuah motosikal yang sesuai sekali sebagai tunggangan harian, di mana ia menjalankan tugasnya sebagai jentera serba boleh dengan amat baik sekali, sama ada untuk berulang alik, tunggangan jarak jauh di atas lebuhraya, atau tunggangan hujung minggu menjarah selekoh.

Ia ditawarkan pada harga yang cukup menggiurkan, memandangkan ianya mempunyai 90hp, kualiti binaan Honda yang hebat, dan pada masa yang sama, selesa.

2018 HONDA CBR650F

ENGINE
ENGINE TYPE 4-stroke, DOHC, 16-valve, liquid-cooled, inline-Four
DISPLACEMENT 648.72 cc
BORE x STROKE 67.0 mm x 46.0 mm
POWER 90 bhp (67 kW) @ 11,000 RPM
TORQUE 64 Nm @ 8,000 RPM
COMPRESSION RATIO 11.4:1
TRANSMISSION 6-speed
FUEL SYSTEM PGM-Fi programmed fuel injection
CLUTCH Multiple-plate wet clutch, cable-operated
CHASSIS
FRAME Steel diamond
FRONT SUSPENSION ø 41 mm Showa Dual Bending Valve (SDBV) telescopic forks
REAR SUSPENSION Monoshock with adjustable spring preload
FRONT BRAKE 2 X Two-piston caliper and ø 320 mm discs
REAR BRAKE 1 X Single-piston caliper, ø 240 mm brake disc
TYRE FRONT; REAR 120/70 ZR-17; 180/55 ZR-17
STEERING HEAD ANGLE 25.5o
TRAIL 101 mm
WHEEL BASE 1,449 mm
SEAT HEIGHT 810 mm
FUEL TANK CAPACITY 17.3 litres
KERB WEIGHT 214 kg
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]