Moto Guzzi Dedahkan Gambar Rasmi Rasmi V85 TT

  • Model Moto Guzzi V85 TT akan menggantikan model Stelvio 1200 yang dibatalkan pengeluarannya.
  • Gambar-gambar versi yang akan dikilangkan ini menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya itu.
  • Motosikal V85 TT versi pengeluaran pasti akan membuat kemunculan sewaktu pertunjukan EICMA pada bulan November akan datang.

Moto Guzzi akhirnya telah mendedahkan gambar rasmi model pengeluaran motosikal kembara V85 TT.

Motosikal V85 concept telah diperkenalkan sewaktu pertunjukan motosikal EICMA 2017 dan mendapat sambutan hangat, di mana ia akan menggantikan model Stelvio 1200 yang telah dibatalkan pengeluarannya kerana tidak memenuhi piawaian emisi Euro4.

Paten Motosikal Dwi-Sukan Moto Guzzi V85 Tersebar

Motosikal versi pengeluaran V85 TT ini tampak amat mirip dengan motosikal konsep yang diperkenalkan sewaktu EICMA, dengan sedikit perubahan kecil. Walaupun Moto Guzzi belum lagi mendedahkan spesifikasi motosikal ini, kita boleh membuat beberapa andaian berdasarkan gambar-gambar ini.

Pertama sekali, ia nampak seperti lebih mampu menangani situasi ‘off-road’ jika dibandingkan dengan V7 III Rough. Kita boleh lihat yang pautan lampu hadapan telah diperkukuhkan.

Selain daripada itu, pelindung tangannya juga tempat terletaknya cermin pandang belakangnya. Di bahagian belakangnya, sambungan sub-rangkanya ke kekisinya juga telah dikurangkan. Tabung ekzos versi pengeluaran ini juga lebih besar dan dicat hitam, selain memiliki pelindung haba di sebelah tempat letak kaki pembonceng.

Bentuk tangki bahanapinya kekal sama, walaupun garisan skema warnanya kini menegak dan bukannya melintang.

Brek hadapannya dilengkapi dengan dwi cakera brek yang diapit oleh angkup empat omboh, pautan secara jejari Brembo.

Enjin sudah pasti adalah enjin 850cc yang baharu, dikatakan mampu menghasilkan sehingga 79hp, berbanding deng enjin 850cc model V9 yang menghasilkan sehingga 53.6hp.

Model V85 TT ini juga dilengkapi dengan paparan instrumen digital penuh LCD. Terdapat muka kompas yang berada di keliling skrin tersebut. Adakah ianya sekadar perhiasan? (Sila rujuk gambar di bawah)

Apa yang menarik perhatian kami adalah simbol dua-helmet pada paparan tersebut. Motosikal ini tidak kelihatan seperti dilengkapi dengan suspensi boleh laras secara elektronik, jadi, simbol itu mungkin sahaja bermakna yang pautan Bluetooth berintegrasi antara penunggang dan pembonceng.

Simbol telefon pintar boleh diterjemahkan kepada aplikasi Piaggio yang berintegrasi dengan motosikal bagi memaklumkan waktu penyelenggaraan yang akan datang, menandakan kedudukan motosikal dalam tempat parkir, menandakan stesen minyak berhampiran dan membantu membuat panggilan ke nombor kecemasan yang telah ditetapkan penunggang.

Selain itu, nampak tak simbol hujan dan perkataan “PIOGGIA”? Ianya perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud hujan dan nampaknya motosikal ini ada mod penunggangan dan juga pendikit ‘Ride-by-Wire’.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply