- Kami telah berbicara dengan Idon Pang, Pengurus Selepas Jualan untuk GB Workshop, pusat perkhidmatan selepas jualan rasmi buat Aprilia, Moto Guzzi, dan Vespa Malaysia mengenai juruteknik bertauliah.
- Idon tekankan yang adanya kekurangan juruteknik bertauliah dalam pasaran.
- Lebih-lebih untuk motosikal yang kini semakin lama semakin kompleks kerana kelengkapan elektroniknya.
Sebelum ini, kami telah menyiarkan artikel mengenai pentingnya menggunakan perkhidmatan juruteknik motosikal yang bertauliah. Untuk kali ini, kami memutuskan untuk berbicara dengan seorang pengurus perkhidmatan selepas jualan yang terkenal bagi mendapatkan pendapatnya mengenai hal ini.
Ianya tidak lain dan tidak bukan, Idon Pang, yang cukup dikenali atas dedikasinya dalam perkhidmatan selepas jualan motosikal, kebijaksanaannya, etika kerja yang mengutamakan pelanggan, serta pengalamannya yang luas dengan jenama-jenama tersohor seperti Moto Guzzi, Vespa, Aprilia, dan lain-lain lagi.
MotoMalaya (MM): Hi Idon, kami ingin mendapatkan pandangan anda mengenai juruteknik motosikal bertauliah.
Idon Pang (IP): Ya, boleh sahaja. Saya telah bertemu beberapa orang dan membaca mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC Automotive College baru-baru ini dan merasakan yang ianya satu idea yang bernas.
Saya telah berkecimpung dalam industri ini melebihi sepuluh tahun dan cabaran yang saya hadapi dalam perkhidmatan selepas jualan adalah mempunyai juruteknik bertauliah mencukupi bagi menjalankan tugas. Tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi, saya rasa TOC telah menyedari akan isu ini. ada satu jurang yang besar antara teknologi motosikal pada masa ini dan orang yang bertauliah bagi mengendali teknologi sebegini atau menjadikannya lebih baik. Jurang itu tersangatlah besar.
Negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat mempunyai ramai juruteknik bertauliah, yang mereka gelar sebagai ‘jurutera’, yang mampu mengendalikan teknologi yang baharu ini.
Asia pula sebaliknya adalah pasaran motosikal yang berkembang paling pesat namun tahap tenaga kerja kita teramatlah di belakang.
Sebab inilah saya gembira melihat TOC mengambil inisiatif ini.
MM: Apakah perbezaan bekerja dengan juruteknik bertauliah dan tidak bertauliah?
IP: Saya cukup bernasib baik telah bekerja dengan kedua-dua jenis sepanjang kerjaya. Malah, saya sendiri ada kedua-dua ciri ini.
Saya mempunyai tauliah dalam beberapa buah jenama motosikal; seperti mana yang anda tahu saya lebih mahir dengan motosikal buatan Itali. Saya belajar melalui cara yang tidak bertauliah pada mulanya. Guru-guru saya adalah mendiang Encik Eddie Chia, dan kemudiannya anak-anak lelakinya, dan beberapa buah bengkel motosikal yang kecil telah mengajar saya selok belok industri ini. Di sinilah saya di mana saya belajar mengenai kedua-dua cara ini.
Memiliki juruteknik bertauliah bermakna tugas dijalankan pada satu standard yang tertentu. Sebagai contoh, Malaysia kini sedang menggunapakai satu standard untuk mekanik, jadi, kami berharap yang ini akan memberikan kualiti kerja yang lebih bermutu buat pelanggan.
Sejujurnya, pentauliahan sahaja tidak mencukupi kerana pelajar mungkin menelaah bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan, tetapi, jika mereka tidak mengasah kemahiran amali mereka, ianya akan mereka lupai.
Dan sini saya maksudkan kemahiran asas seperti memeriksa pemasaan enjin, menggunakan pengesan untuk mengesan masalah atau penyingkiran masalah, kerosakan mekanikal dan sebagainya.
Mengapa Penting Untuk Ada Juruteknik Bertauliah Yang Menyelenggarakan Motosikal Anda
MM: Bercakap mengenai teknologi motosikal terkini, pendapat anda mengenai perkembangannya?
IP: Ia sedang berkembang dengan kadar yang amat pesat. Pengilang semakin menambah lebih banyak teknologi terkini saban tahun bagi menambah nilai produk mereka.
Perkara paling utama sekarang sudah semestinya kelengkapan elektronik seperti kawalan cengkaman, nyah-wheelie, ABS, dan sebagainya. Kelengkapan seperti APRC ((Aprilia Performance Ride Control) telah pun wujud lebih kurang 10 tahun namun kini ianya semakin digunapakai dalam industri.
Namun, terdapat sebilangan yang amat kecil sahaja yang mampu memahami, mengendalikan dan membaikinya. Di Malaysia, hanya sekelompok kecil sahaja yang mampu mengendalikan teknologi ini.
Jadi, pentauliahan dalam bidang ini adalah amat penting. Tetapi, pensijilan itu harus disertakan dengan latihan praktikal.
(Nota penyunting: 70 peratus daripada keseluruhan Kursus Juruteknik Superbike TOC terdiri daripada latihan amali, menyediakan pelajar bagi dunia pekerjaan.)
MM: Apakah peluang kerjaya yang ada bagi juruteknik bertauliah?
IP: Pertama sekali, benar, ada juruteknik yang tidak bertauliah yang telah belajar sendiri melalui pengalaman yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Atas sebab inilah ramai pemilik motosikal menghantar jentera mereka ke juruteknik ini. Tiada salahnya.
Namun begitu, teknologi berkembang lebih pantas berbanding kemahiran kita. Kita sekarang berada pada satu anjakan paradigma dalam teknologi serta industri motosikal. Pada masa yang sama, kita tidak mampu menghasilkan juruteknik yang bertauliah atau berkemahiran dengan cukup pantas.
Selain itu, kebanyakan juruteknik veteran yang berpengalaman telah bersara, tanpa sempat berkongsi pengalaman mereka dengan generasi baharu.
MM: Apa yang boleh para graduan kursus juruteknik bertauliah jangkakan dalam pasaran?
IP: Pasaran kini sangat menguntungkan. Pasaran selepas jualan akan terus berkembang tidak kira keadaan ekonomi kerana para pemilik masih perlu menyelenggarakan dan membaiki motosikal mereka.
Bertahun lamanya telah kita saksikannya. Sewaktu ekonomi berkembang pesat, jualan motosikal juga turut meningkat, dan seiringnya, perkhidmatan selepas jualan. Sewaktu ekonomi sedang lembab, jualan motosikal akan merudum. Namun, perkhidmatan selepas jualan tetap akan meningkat. Ini kerana pemilik tidak akan menukar motosikal, sebaliknya akan menyelenggara motosikal mereka bagi menjaganya dengan lebih baik supaya ia tahan dengan lebih lama. Selain itu, mereka akan membeli aksesori bagi menghiasi motosikal mereka.
Jadi, tunggu apa lagi? Jika impian anda adalah memiliki kerjaya dalam perkhidmatan motosikal, atau ingin memulakan bengkel motosikal milik anda sendiri, inilah platform yang sempurna bagi memulakan perjalanan anda dalam usaha mencapai impian tesebut. Jangan tunggu lagi, ketahuilah dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC di www.toc.edu.my, atau hubungi talian (+603) 7960 8833 untuk maklumat lanjut.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.
Pelajari Cara Menjadi Juruteknik Superbike Bertauliah Di TOC Automotive College