Motosikal Power Cruiser Harley-Davidson FXDR 114 Tahun 2019 Diperkenalkan!

  • Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019.
  • Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan.
  • Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).

Harley-Davidson telah berjaya menggemparkan lagi dunia penggemar motosikal dengan pelancaran model tahun 2018 mereka dan kini, model terbaru tahun 2019 mereka ini dikatakan antara yang terbaik sekali. Kami memaksudkan kepada motosikal power cruiser serba baharu mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019. Varian yang amat berkuasa dalam rangkaian motosikal Softail ini dikatakan sebagai V-Rod yang baharu dan dari rupa parasnya itu, kami cukup terpesona dengannya.

Menurut Brad Richards, Naib Presiden Penggayaan dan Reka Bentuk Harley-Davidson, “Rupa paras model FXDR 114 ini menonjolkan potensi prestasinya dan menyorot kepada ciri-ciri teknikal yang membezakannya dari motosikal lain dalam rangkaian Softail. Pengaruh rekaan ‘drag bike’ tampak jelas sekali dengan bahagian hadapan yang berdepang dan dengan fork terbalik, lohong masukan dan ekzos yang besar, serta perbezaan saiz antara roda dan bahagian ekor yang dipotong.”

“Namun kami telah memastikan yang elemen-elemen teknikalnya seperti lengan ayun aluminium, instrumentasi digital yang telah diterapkan sepenuhnya pada butang kawalan penunggang, dan pelaras suspensi luaran yang terdedah juga telah ditonjolkan dan membantu dalam menghalusi misi motosikal ini, iaitu prestasi sejati – bukan sekadar prestasi garis lurus,” tambah Richards lagi.

Dengan tarikan motosikal ‘drag bike’nya itu, model FXDR 114 yang baharu ini telah dijana oleh enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™114 Harley-Davidson dengan kuasa yang mencukupi untuk memecut pantas di lampu trafik meninggalkan yang lain jauh di belakang. Ia datang dengan 160Nm tork yang boleh anda gunakan.

Bagi memastikan yang nisbah kuasa-ke-berat yang optimum, Harley-Davidson telah memastikan yang motosikal FXDR 114 yang baharu ini seringan yang mungkin dengan menggunakan komponen aloi dan komposit yang termasuk lengan ayun dan sub kerangka aluminium. Berat basah motosikal ini adalah pada 303kg, di mana Harley-Davidson mendakwanya sebagai pemangkin yang baik dalam pengendalian keseluruhan motosikal, agihan kuasa, serta pada prestasi pembrekan.

 

Aspek hebat yang lain bagi jentera ganas dan baharu ini adalah:

  • Ekzos 2-ke-1 baharu untuk bunyi dan rasa yang lebih hebat.
  • Fork hadapan terbalik gaya perlumbaan 43mm.
  • Masukan udara “Srceaming Eagle™” dengan aliran udara yang lebih baik.
  • Penyerap hentakan belakang tunggal berprestasi tinggi boleh laras.
  • Tangki bahanapi yang dipanjangkan.
  • Pencahayaan LED keseluruhan dengan tolok digital riser dan pemulaan tanpa kunci.

Bagi menangani keperluan pembrekan motosikal Harley-Davidson FXDR 114 serba baharu ini, ia dilengkapi dengan cakera brek 300mm 4 omboh berganda manakala bahagian belakangnya pula ditangani dengan cakera brek terapung 2 omboh. Dengan erti kata yang lain, daya henti motosikal Harley-Davidson FXDR 114 ini amatlah jitu.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405.00 selepas pertukaran terus matawang). Buat masa ini, tiada sebarang berita lagi sama ada ianya akan menjejakkan kaki ke tanah air kita, namun, kami tidak akan terkejut sekiranya ia tiba pada separuh pertama tahun 2019.

Motosikal Kembara Harley-Davidson Yang Pertama, Pan America, Sah Akan Dikilangkan!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply