Pusingan 2 Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2018 – Azlan Shah Dan Chia Motor PJ Membolot Kedua-dua Perlumbaan!

  • Hujung minggu yang sempurna buat Azlan Shah Kamaruzaman dan Chia Motor PJ.
  • Pasukan tersebut berjaya mendapat Petak Pertama dan kemenangan dalam kedua-dua Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dalam kategori Superbike.
  • Mereka kini mendahului kejohanan bagi kelas Superbike dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2018.

Pusingan 2 bagi Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2018 telah menyaksikan kesinambungan dominasi dalam kerjasama Azlan Shah Kamaruzaman bersama pasukan Chia Motor Pj. Azlan Shah yang telah berjaya mendapat Petak Pertama dalam kategori Superbike pada hari Jumaat dan merangkul kemenangan dalam kedua-dua Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2, untuk menyapu bersih perlumbaan hujung minggu tersebut.

Kerjasama ini telah membuahkan hasil yang cukup lumayan, di mana Azlan Shah membawa khazanah pengalaman perlumbaannya untuk pasukan tersebut. Seiringan itu, Keith Chia, Ketua Pasukan Chia Motor PJ juga merupakan seorang pelumba beberapa tahun yang lalu dalam siri perlumbaan AAM Malaysian Supermoto Championship.

Azlan Shah tampak seperti seorang penunggang yang menunggang yang amat pantas. Namun, ianya bukan sekadar itu sahaja, kerana dari pengalamannya yang luas itu, kita dapat lihat yang dia tahu di mana dia perlu memecut laju, dan bila masa yang sesuai untuk berjaga-jaga bagi menjaga jentera dan tayarnya. Penunggangan yang bijak ini telah memaksa pesaingnya untuk menunggang dengan lebih keras dan adakalanya, melebihi had mereka.

Bagi Keith Chia pula, kita hanya perlu lihat pada jentera yang telah disediakan untuk Azlan. Ia tampak hebat, berbunyi garang, dan sudah pasti, meluncur laju. Dia juga terbuka dengan maklum balas penunggangnya berkenaan isu yang timbul selepas penunggang kembali dari litar.

Azlan bermula dengan sempurna dalam Perlumbaan 2, menjarakkan dirinya dari Rajini Krishnan menjelang Selekoh 1. Dari situ, penunggang tersebut telah mengekalkan halaju yang stabil, 1.3 saat di hadapan penunggang tempat kedua.

Rajini kekal rapat dengan Azlan buat beberapa pusingan sebelum melakukan satu kesilapan, menyebabkannya tersasar lebar pada Selekoh 9. Kesilapan ini menyebabkannya jatuh ke tempat kelima. Dia berjaya memintas kembali penunggang di hadapannya tetapi sekali lagi melakukan kesilapan yang sama di selekoh yang sama, meletakkannya di tempat ketiga di akhir perlumbaan.

Keputusan yang amat memberangsangkan ini cukup menggembirakan Azlan Shah dan Chia Motor PJ, dan kini, mereka mendahului kejohanan ini.

Anda boleh layari laman Facebook Chia Motor PJ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka, atau kunjungi mereka di lokasi di bawah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]