KTM Malaysia Orange Carnival Bakal Gegarkan Johor 28 Julai Ini!

  • Acara terbesar KTM Malaysia “KTM Malaysia Orange Carnival”, bakal bermula dengan hentian pertamanya pada hari Sabtu ini, 28 Julai 2018.
  • Bermula di Johor, ianya akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
  • Pelbagai aktiviti telah disediakan di mana para pemilik KTM, pemilik jenama lain dan juga orang awam dijemput hadir.

Sudah tiba masa untuk bersuka ria di bahagian selatan tanah air, di mana KTM Malaysia akan melancarkan “KTM Malaysia Orange Carnival” di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, pada hari Sabtu, 28 Julai 2018.

Berdasarkan senarai program yang diterakan oleh KTM Malaysia, karnival ini tampaknya seperti acara terbesar yang pernah dianjurkan oleh pengedar rasmi tersebut, di mana ianya menampilkan sejumlah besar aktiviti buat para pemilik KTM, pemilik jenama lain, dan orang ramai secara amnya.

Aktiviti pertama adalah sesi tunggang uji. Para hadirin berpeluang untuk menunggang uji model KTM terkini, sama ada model dari rangkaian Supersport, Duke, dan Adventure. Tetapi bukan itu sahaja, kerana bagi mereka yang telah menunggang uji motosikal sewaktu acara ini akan menerima sebuah beg serbaguna KTM serta satu tiket cabutan bertuah. KTM Malaysia juga akan mengadakan taklimat teknikal mengenai ciri-ciri motosikal sebelum bermulanya sesi tunggang uji.

Tarikan berikutnya adalah pertandingan “Fun-hana”, yang akan menguji kemahiran penunggang dalam mencatatkan masa terpantas dalam menangani litar gymkhana. Ianya terbuka untuk ke semua jenis dan jenama motosikal. Para peserta boleh menyertai kelas-kelas di bawah, namun, penyertaan dihadkan kepada 16 peserta bagi setiap kategori.

  • Bawah 200cc.
  • 200cc hingga 500cc
  • 500cc ke atas.

Hadiah bagi 4 penunggang terpantas adalah:

  • Tempat Pertama: RM200 beserta pingat, helmet Gracshaw dan minyak pelincir ELF.
  • Tempat Kedua: RM100 beserta pingat, helmet Gracshaw dan minyak pelincir ELF.
  • Tempat Ketiga: Pingat.
  • Tempat Keempat: Pingat.

KTM Malaysia juga menawarkan sebuah kempen penyelenggaraan istimewa khas buat pemilik KTM yang mana meliputi pemeriksaan keselamatan 13 bahagian PERCUMA dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Para pemilik yang membeli 2 botol minyak pelincir ELF juga akan menerima satu tiket cabutan bertuah. Bahagian-bahagian yang akan diperiksa adalah:

  • Sistem elektrikal.
  • Keadaan fizikal tayar.
  • Tekanan udara tayar.
  • Sistem brek.
  • Paras minyak pelincir.
  • Keadaan bendalir penyejuk (coolant).
  • Tahap ketegangan rantai.
  • Pemeriksaan nat/selak casis.
  • Tongkat sisi.
  • Keadaan suspensi.
  • Sebarang kebocoran minyak pelincir.
  • Kabel.
  • Diagnostik sistem menggunakan peralatan KTM XC1 Diagnostic.

Satu jualan istimewa akan turut diadakan dengan barangan ditawarkan pada diskaun sehingga 60%. Mereka yang membeli lebih daripada RM150 barangan KTM PowerWear, atau lebih daripada RM500 bagi barangan KTM PowerParts, layak mendapatkan satu tiket cabutan bertuah.

Buat pengunjung yang tidak mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti di atas, atau yang ingin menggandakan peluang mereka memenangi cabutan bertuah, KTM Malaysia menawarkan “Orange Carnival Pack” dengan harga RM30 setiap satu. Pek ini didatangkan dengan satu tiket cabutan bertuah, baju-T KTM Malaysia Orange Carnival, dan lanyard KTM.

Antara hadiah cabutan bertuah ialah barangan KTM PowerWear dan KTM PowerParts bernilai RM20,000. Hadiah utama ialah sebuah motosikal KTM 390 Duke baharu.

Penunggang Pengilang KTM Malaysia, yang juga merupakan pemenang perlumbaan GIVI Rimba Raid Mat Daling baru-baru ini, serta juara Malaysian MX, enduro, dan FIM Asia Supermoto 2016, Muhd. Habibullah Muhd. Saleh, lebih dikenali sebagai Gabit, akan mempamerkan aksi lagak ngeri pada jam 11.30 pagi dan 4 petang.

Turut hadir bersama adalah Gracshaw Hekmet dan juga minyak pelincir ELF. Para penajanya ialah Gracshaw Helmet, ELF Lubricants, dan Corporate Hero.

Sila rujuk peta di bawah untuk lokasinya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]