Shell Malaysia Lancarkan Promosi “Balik Kampung Hari Raya 2018” Shell Helix

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti, Shell Helix telah mengumumkan satu promosi istimewa bagi menggalakkan pemilik kereta untuk menyelenggara kereta mereka sebelum musim perayaan ini. Promosi Hari Raya Shell Helix, yang sedang berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Julai 2018, menawarkan rebat tunai bagi pakej perkhidmatan pertukaran minyak yang berikut:

  • Penjimatan perkhidmatan sebanyak RM30 dengan Shell Helix Ultra (4L).
  • Penjimatan perkhidmatan sebanyak RM20 dengan Shell Helix HX7 atau High Mileage(4L/6L).
  • Penjimatan perkhidmatan sebanyak RM10 dengan Shell Helix HX5 (3L/4L).

Tawaran ini boleh didapati di semua bengkel Shell Helix, bengkel-bengkel persendirian, pusat perkhidmatan rasmi yang mengambil bahagian, dan juga di Kedai Atas Talian Rasmi Shell Malaysia yang baharu di Shopee.

Selain itu, para pengguna yang membeli mana-mana pakej promosi pertukaran minyak mereka akan menerima e-baucar Shopee RM10 dan secara automatiknya layak untuk menyertai peraduan “Shell Helix Ferrari World Abu Dhabi Contest”, di mana empat orang pemenang Hadiah Utama yang bertuah akan dapat mengalami keseronokan di “Ferrari World Abu Dhabi” serta pengalaman pemanduan Ferrari yang tidak akan dilupakan di Litar F1 Yas Marina.

Ketua Pemasaran Shopee, Rachel Tan (kiri)., bersama Alvin Leo, Pengurus Jenama Shell Helix

Bagi mereka yang membeli mana-mana pek 4 liter Shell Helix Ultra, HX7, High Mileage atau HX5 dari mana-mana stesen jualan Shell atau Lubebay juga akan menerima e-baucar Shopee RM10.

Shell Malaysia juga telah mengumumkan pelancaran varian terbaru bagi rangkaian minyak enjin kereta penumpang Shell Helix paling laris mereka, Shell Helix Ultra 5W-30.

Berharga RM277.60 (termasuk GST) untuk sebuah pek 4 liter, Shell Helix Ultra 5W-30 baharu ini merupakan minyak enjin sintetik penuh berkelikatan lebih nipis dengan spesifikasi API SN/ILSAC GF-5 yang memenuhi keperluan kebanyakan kereta penumpang masa kini. Mengandungi ‘PurePlus Technology‘ milik Shell dan ‘Active Cleansing Technology’, produk ini membantu dalam:

  1. Memastikan enjinnya bersih dari mendapan yang ditinggalkan oleh minyak yang kurang berkualiti, dan menghindari sebarang mendapan tambahan.
  2. Memastikan perlindungan kehausan yanglebih baik dengan mengelakkan deposit omboh sehingga 65% lebih baik daripada standard industri[1].
  3. Menghalang degredasi minyak melalui rintangan yang lebih tinggi terhadap penyuraian bahan kimia, dan
  4. Memberikan tahap kecekapan minyak petrol yang lebih baik dengan menggunakan minyak berkelikatan rendah bagi mengurangkan geseran dan mematuhi standard kecekapan bahanapi ILSAC CF-5.
Ketua Pemasaran Shopee, Rachel Tan (kiri)., bersama Alvin Leo, Pengurus Jenama Shell Helix

Menurut Pengarah Besar Pemasaran Shell Lubricants, Cik May Tan, gred kelikatan 5W-30 adalah salah satu gred kelikatan paling disyorkan untuk kereta-kereta baharu. “Pada Shell Helix Ultra 5W-30 dengan spesifikasi SN ini, kami ada sebuah produk yang menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahanapi, perlindungan enjin, dan reliabiliti yang cukup sinonim dengan jenama Shell Helix. Ianya sesuai untuk kebanyakan kereta masa kini berdari kereta kompak kecil, hinggalah kereta sedan besar segmen D, malah untuk kereta yang berprestasi tinggi,” kata Cik May.

Produk ini boleh didapati di pengedar sah Shell dan stesen jualan Shell. Para pelanggan yang membeli produk ini dari Shopee, rakan e-dagang terkini Shell Malaysia, boleh menikmati harga rendah istimewa yang eksklusif untuk tempoh yang terhad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my/shell.official.store.

“Kerjasama strategik kami bersama Shell ini seiring dengan matlamat kami pada tahun ini, iaitu membawa lebih banyak jenama ke atas talian pada ketika pasaran dan cara membeli belah sedang berubah dengan pantas. Para pengguna kini inginkan kemudahan pengalaman yang ‘fuss-free’, di samping Penghantaran Percuma Di Seluruh Malaysia dan insentif Komisyen Sifar (0), yang mana telah diketahui oleh 9 juta pengguna Shopee,” ujar Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Promosi Hari Raya Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/helixraya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]