Sym Sport Rider 125i 2018 Diperkenalkan Dengan Grafik Baru – RM5,542!

  • SYM Malaysia telah melancarkan motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 dilengkapi dengan kemasan grafik baharu.
  • Skema grafik baharu itu disediakan dalam tiga warna berbeza; Merah, Biru, dan Kuning.
  • Motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 ini telah ditetapkan pada harga RM5,542.20 (harga asas dengan 0% GST).

SYM Malaysia dengan secara rasminya telah memperkenalkan motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 terkini yang didatangkan dalam skema grafik yang dikemaskini. Motosikal kapcai paling popular keluaran Sym ini telah dikemaskini ddan akan boleh didapati dalam tiga warna yang berbeza; Merah, Biru, Kuning.

Dilancarkan pada tahun 2016, motosikal Sport Rider 125i ini telah menggegarkan pasaran dengan reka bentuknya yang cukup cantik, spesifikasi yang menakjubkan, dan harga yang amat berpatutan. Dijana oleh enjin satu silinder suntikan bahanapi 123cc yang patuh Euro3, motosikal kapchai Sym ini mampu menghasilkan 9.5hp pada 8,000rpm dan 10.8Nm tork pada 5,500rpm.

Keseluruhan kuasa dan tork tersebut dipacu ke roda belakangnya melalui kotak gear empat kelajuan yang menawarkan pemecutan yang menakjubkan dan penggunaan bahanapi yang lebih ekonomikal. Digandingkan dengan tangki bahanapi 4.2 liter, motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 ini mampu merentasi jarak yang agak jauh sebelum ia memerlukan isian semula.

Mengambil ilham dari jentera superbike dan motosikal naked berprestasi tinggi, motosikal Sport Rider 125i didatangkan dengan badan keluli tiub, peredam ekzos sporty, dan panel meter yang bergaya dengan kombinasi analog dan LCD, serta pelbagai ciri-ciri menarik yang lain.

SYM Malaysia telah menetapkan harga bagi motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 yang baharu ini pada harga RM5,542.20 (harga asas berserta 0% GST). Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut, kunjungilah mana-mana wakil pengedar rasmi SYM Malaysia yang terletak di seluruh negara.

SYM Lancarkan motosikal 185cc, Sym VF3i 2018 – RM7,988

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply