ads

Mari Kita Belek Motosikal Buatan Khas Suntikan Nitrus Yamaha Yard Built XSR700

  • Sebuah motosikal buatan khas suntikan nitrus, Yamaha Yard Built XSR700 telah dibina oleh Brice Hennebert dan Workhorse Speed Shop.
  • Motosikal yang dikhususkan sepenuhnya itu telah dibina untuk bertanding di acara perlumbaan drag ‘Sultans of Sprint’ baru-baru ini.
  • Beberapa buah kelengkapan berprestasi tinggi telah dilengkapkan pada motosikal buatan khas ini termasuklah satu sistem NOS.

Bersempena dengan acara perlumbaan drag ‘Sultans of Sprint’ yang telah diadakan baru-baru ini, pembina motosikal buatan khas, Brice Hennebert, bersama dengan bengkel Workhorse Speed Shop telah membina salah sebuah motosikal buatan khas Yamaha Yard Built yang paling menakjubkan setakat ini.

Bagi mereka yang kurang arif dengan motosikal buatan khas Yamaha Yard Built, apa yang perlu mereka ketahui adalah tujuan utama mereka ialah untuk mencetuskan inspirasi para pemilik Yamaha XSR900, XSR700, XV950R, dan SCR950 untuk menghasilkan sesuatu yang unik. Motosikal Yamaha XSR700 ini yang telah dibina oleh Brice tidak mengendahkan sebarang peraturan dari segi aspek reka bentuk motosikal yang konvensional.

Model XSR700 ini telah dibina semula keseluruhannya dari mula dan diterapkan dengan sebanyak mana kelengkapan berprestasi tinggi yang ia mampu untuk bersaing di dalam kategori ‘Factory’ di perlumbaan ‘Sultans of Sprint’. Terdapat beberapa peraturan yang perlu mereka ikuti bagi menyertai pertandingan ini namun hasilnya cukup mengagumkan.

Badan aluminiumnya yang ditukang tangan telah dibentuk bagi memberi penghormatan kepada jentera FZR 750 Bol d’Or Sonauto 1985 yang ditunggang oleh Christian Sarron. Hasilnya? sebuah jentera ‘dragster’ yang amat renek, amat licik, yang dibina untuk kelajuan melampau.

Kelengkapan buatan khas yang lain termasuklah lengan ayun dipanjangkan Workhorse, aci engkol yang diseimbangkan, litar minyak yang diubah suai, penimbal berat yang diredmkan, dan klac nyah-lantunan Suter, dan bermacam-macam lagi. Dalam erti kata lain, enjin berkembar selari DOHC 689cc motosikal XSR700 ini telah diangkat ke satu strata yang baru.

Ianya dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan suntikan yang diubah suai, bersama dengan kelengkapan berprestasi tinggi yang lain seperti bateri karbon, sistem brek perlumbaan sepenuhnya, kawalan klac, silinder utama depan dan belakang, dan yang menjadi tumpuan utama, sebuah sistem NOS yang dilengkapkan denga ‘Max Extreme Nitrous Controller’.

Jumlah keluaran kuasa motosikal ini tidak didedahkan namun, motosikal itu sendiri merupakan sebuah mahakarya yang semestinya lain daripada yang lain.

Motosikal Yamaha V-Max Tiga Roda 1,700cc Sedang Dibangunkan?

Leave a Reply