Helmet HJC RPHA 11 Deadpool 2018 Terbaru Diperkenalkan!

  • HJC Helmets telah memperkenalkan helmet full-face terbaru mereka, HJC RPHA 11 Deadpool 2018.
  • Helmet sport utama HJC ini kini didatangkan dalam kemasan warna merah dan hitam matte yang ikonik anti hero tersebut.
  • Untuk pasaran Amerika Syarikat, helmet HJC RPHA 11 Deadpool ini telah ditetapkan harganya pada $599.99 (RM2,371).


Perhatian buat anda peminat Marvel di luar sana! Telah muncul sebuah helmet terbaru dan ianya amat menakjubkan. HJC Helmets telah memperkenalkan helmet terkini mereka, HJC RPHA 11 edisi Deadpool 2018 bersempena dengan filem terbaru anti-hero tersebut, Deadpool 2.

Ianya helmet Deadpool kedua seadanya yang telah dihasilkan oleh HJC, di mana yang pertamanya merupakan sebuah helmet tahap permulaan dan lebih mampu milik, HJC IS-17. Untuk kali ini, HJC telah menampilkan reka bentuk berwarna merah dan hitam matte yang ikonik tersebut untuk helmet full-face sport utama mereka, iaitu HJC RPHA 11.

Dibentuk menggunakan bahan PIM+ HJC, helmet RPHA 11 ini amat ringan dan menawarkan tahap penyerapan hentakan yang mengagumkan. Dapatkan mana-mana rekaannya hari ini dari HJC Helmet Malaysia dan setiap satu daripadanya akan datang dengan pelinding asap tambahan, sisipan ‘Pinlock’, ambang dagu, ‘breath box’, dan juga waranti lima-tahun.

Jangan terperanjat sekiranya anda terlihat helmet ini digunakan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan kelima MotoGP, di HJC Helmets Grand Prix de France. Ianya salah sebuah daripada dua rekaan yang akan membuat kemunculan rasmi pada hujung minggu ini ketika perlumbaan MotoGP.

Helmet HJC RPHA 11 Deadpool ini mendapat perakuan DOT dan ECE dan telah ditetapkan harganya pada $599.99 (RM2,371) untuk pasaran Amerika Syarikat. Tiada lagi berita mengenai bila ia akan berada dalam pasaran Malaysia, NAMUN, helmet HJC RPHA 11 edisi khas telah ditetapkan harganya dari RM2,400 hingga RM3,000, bergantung pada rekaannya. Kunjungi wakil pengedar sah HJC Helmet Malaysia yang berhampiran anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Helmet Monster Energy HJC RPHA 11 2017 Kini Di Malaysia – RM2,429!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]