Tunggangan Kelab Pemilik Moto Guzzi Malaysia Ke Melaka

  • Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia.
  • Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka.
  • Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.

Memiliki dan menunggang motosikal anda bersendirian tiada salahnya, namun, ada masanya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jenama pilihan anda dari pandangan pemilik yang lain. Mungkin juga anda ingin mengenali penunggang-penunggang yang mempunyai minat yang sama seperti anda.

Selepas beberapa buah konvoi telah diadakan dengan jayanya dari The Gasket Alley, tiba giliran para pemilik Moto Guzzi untuk menunggang ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada hari Sabtu, 5 Mei 2018 yang lalu.

Dan seperti kelazimannya, para penunggang telah berkumpul di Moto Guzzi Malaysia pada awal pagi bagi menikmati sarapan ringan dan bertegur sapa dan beramah mesra, sama ada dengan sahabat lama mahu pun baru.

Mereka hadir pada pagi tersebut dengan pelbagai koleksi motosikal Moto Guzzi yang menarik, seperti V7 III Anniversario ke-50 edisi terhad, V7 III Racer, California, Sport 8V, V7 III Special, V7 III Classic, V9 Roamer, dan sebuah model Grisso 1200 SE.

Konvoi berkenaan menyusuri lebuh raya Kuala Lumpur – Seremban sebelum menuju ke Port Dickson. Mereka berhenti di restoran Rezeky untuk rehat dan rawat sebelum menuju ke selatan menghala Melaka, menunggang di atas laluan pesisir pantai bagi menikmati pemandangannya yang indah itu.

Konvoi ini telah melalui pelbagai pemandangan yang menakjubkan di sepanjang pesisiran pantai, termasuklah di Tanjung Bidara. Mereka mengikuti haluan melalui Pantai Kundur di Tanjung Kling, sehinggalah memasuki Melaka melalui Pantai Klebang, di mana kumpulan tersebut telah berhenti untuk isian semula.

Dari situ, mereka terus menuju ke Straits Werx Café berhampiran Masjid Kampung Hulu, yang mana ianya merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Café itu juga diapit oleh Sungai Melaka jadi kami dapat melihat para penumpang di atas Melaka River Boat Ride mengambil gambar kami sewaktu kami menikmati makan tengah hari dan cendol kelapa. Dengan cuaca yang panas terik pada hari itu, cendol yang menyejukkan itu menjadi tumpuan para peserta konvoi.

Waktu santai selepas makan tengah hari telah digunakan oleh para peserta konvoi untuk mengenali antara satu sama lain, beramah mesra, dan berkongsi cerita dan gelak tawa atas nama menjalinkan silaturrahim antara mereka. Konvoi ini berakhir pada lewat petang itu di mana para peserta menunggang pulang ke rumah masing-masing.

Galeri Gambar

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply