Isle of Man TT 2018: Siapakah Yang Akan Mengemudi Jentera Honda RC213V-S?

  • Pasukan Padgett Honda kini dalam usaha mencari pelumba bagi mengemudi jentera Honda RC213V-S mereka untuk Isle of Man TT tahun ini.
  • Penunggang semasa mereka, Bruce Anstey, terpaksa menarik diri dari ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini akibat kanser.
  • Pasukan itu telah menyatakan bahawa jentera Honda RC213V-S akan tetap membuat kemunculan pada perlumbaan TT tahun ini walaupun tanpa penunggang gantian.


Pasukan Padgett Motorcycle Honda telah menyatakan bahawa mereka tetap akan membawa jentera terhebat Honda RC213V-S ke perlumbaan Isle of Man TT tahun ini. Meskipun penunggang utama mereka, Bruce Anstey, telah menarik diri dari ke semua perlumbaan jalan raya tahun ini akibat kanser, pasukan tersebut masih lagi memandang dari sudut yang positif.

Pengurus Pasukan, Clive Padgett, telah menyatakan yang jentera berteknologi MotoGP Honda RC213V-S itu akan masih membuat kemunculannya di litar “Mountain Course” yang tersohor itu. Bagaimana pun, tiada sebarang berita sama ada ianya akan menyertai perlumbaan tersebut memandangkan tiada lagi khabar mengenai penunggang gantian sehingga setakat ini.

Beberapa orang penunggang telah dipertimbangkan untuk mengemudi jentera buas ini dan salah seorang daripadanya adalah warga tempatan Isle of Man, Conor Cummins. Dia telah membuktikan kemampuannya sebagai penunggang dengan beberapa kali menaiki podium, namun, memandangkan ketinggiannya, dia mungkin berdepan dengan satu isu dari segi ‘fitment’ di atas jentera perlumbaan janaan-V4 yang tidak lebar itu.

Bruce Anstey telah pun memulakan proses pemulihannya di hospital pada ketika ini. Dia telah berlumba dengan pasukan tersebut sejak tujuh musim yang lalu dan pasukan berkenaan telah mengatakan bahawa Bruce juga akan turut terlibat dalam menentukan siapa yang akan menunggang Honda kesayangannya itu pada perlumbaan tahun ini.

Para peminat TT dimaklumkan bahawa jentera ini masih akan membuat kemunculan pada perlumbaan tahun ini dan sekiranya tiada penunggang gantian, pasukan berkenaan akan masih mengadakan persembahan dengannya, sama ada melalui ‘startup’ di paddock, atau pun ‘parade lap’ mngelilingi litar jalan raya sejauh 60km tersebut.

Tunggang Uji Honda RC213V-S

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]