- Projek oleh Yard Built yang paling baru ini telah membuahkan hasil dalam bentuk sebuah motosikal Yamaha XSR900 buatan khas paling cantik di dunia buat masa ini.
- Dibina oleh Auto Fabrica dari England, motosikal ini dikenali sebagai siri Type 11 Prototype.
- Versi kegunaan litar ialah Prototype One manakala bagi model jalan raya pula dinamakan Prototype Two.
Jika anda seorang peminat projek Yard Built, anda pasti juga mengetahui yang Yamaha telah menggunakan platform ini bagi mencipta pelbagai motosikal buatan khas. Ia juga telah membuahkan hasil dalam bentuk Yamaha XSR900 dan untuk kali ini, pengeluar bersama dengan pengkhusus terkemuka, Auto Fabrica, telah menghasilkan sebuah motosikal buatan khas Yamaha yang kami anggap sebagai hasil karya tercantik mereka setakat ini.
Terletak di Tenggara England, para bijak pandai Auto Fabrica, Gaz dan Bujar Muharremi telah bergabung tenaga dengan seorang pereka yang juga teman rapat mereka, Toby Mellor, untuk projek ini. Apa yang telah terhasil dari kerjasama ini adalah satu idea yang merupakan simfoni tulus daya tarikan moden dan klasik. Mereka telah mengambil motosikal Yamaha XSR900 dan membuat kerja yang gila dengannya.
Hasilnya? Sebuah motosikal kegunaan litar sahaja yang tidak terikat dengan sebarang kekangan mahu pun peraturan. Digelar Type 11 Prototype One, motosikal ini amat mengagumkan. Secara amnya, mereka telah membogelkan motosikal ini dan telah membina semula segalanya menggunakan kepingan aluminium yang dicanang bagi menghasilkan panel badannya
Oleh kerana ianya sebuah motosikal litar, mereka memutuskan untuk melengkapkannya dengan beberapa kelengkapan prestasi bagi memastikan pengendalian motosikal ini setaraf rupa parasnya. Kelengkapan seperti suspensi Ohlins yang khusus, angkup Brembo, cakera brek PFM, dan sepasang roda karbon Blackstone Tek telah dipasangkan pada motosikal yang buas ini.
Motosikal kedua mereka adalah sebuah motosikal versi jalan raya yang berdasarkan pada Yamaha SX750. Digelar Type 11 Prototype Two, ia mempunyai DNA yang sama seperti Prototype One tetapi dengan lebih banyak elemen klasik yang diterapkan. Antara elemen-elemen tersebut adalah lampu hadapan bulat, pelana buatan khas, dan tayarnya.
Jika anda berminat untuk memiliki motosikal yang hebat ini, Auto Fabrica telah ditugaskan dengan pembinaannya oleh Yamaha. Motosikal ini akan dibina dalam jumlah yang terhad oleh pembina motosikal buatan khas terkemuka ini dan ianya berharga £68,000 atau RM371,653 selepas pertukaran terus matawang. Wow.
Yamaha XMax 250 2018 Kini Boleh Didapati Di Malaysia! RM22,498!