Motosikal Buatan Khas Ulang tahun Ke-55 Alpinestars

  • Alpinestars baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-55 mereka pada hujung minggu lalu dengan sebuah motosikal buatan khas ulang tahun ke-55 Alpinestars.
  • Motosikal buatan khas itu telah dibina oleh Michael Wooloway dari Woolies Workshop di California.
  • Dijana oleh enjin jentera perlumbaan Ducati 750 Sport 1974, beserta dengan komponen-komponen berilhamkan MotoGP yang lain yang telah digunakan oleh penunggang tajaan mereka.


Sewaktu pusingan MotoGP yang lalu di “Grand Prix of the Americas” di Texas, pengeluar kelengkapan menunggang motosikal premium dari Itali, Alpinestars, telah menyambut ulang tahun ke-55 mereka dalam industri ini. Dan bagaimanakah mereka meraikannya? Dengan membina sebuah motosikal buatan khas!

Jentera yang istimewa ini telah dibina oleh Michael Wooloway, ketua di Woolies Workshop dari California dan ia menampilkan pelbagai ciri yang mengimbau sejarah, terutamanya dari siri perlumbaan MotoGP. Memberi penghormatan buat beberapa orang penunggang tajaan Alpinestars yang terhebat, ia bercirikan spesifikasi seperti brek belakang ibu jari sebagai penghormatan buat Mick Doohan dan pelana yang dihasilkan mirip seperti yang ada pada jentera Ducati Nicky Hayden.

Diolah dari enjin jentera perlumbaan yang teramat istimewa, Ducati 750 Sport 1974, Wooloway telah menerapkan spesifikasi-spesifikasi moden yang lain dari jenama-jenama terkemuka seperti Akrapovic, Brembo, Michelin, dan bermacam-macam lagi. Hasilnya? sebuah jentera yang cukup mengagumkan.

“Alpinestars telah menyelubungi badan saya dan melindunginya sejak bertahun lamanya saya berlumba,” ujar Wooloway, “Jadi, setelah berbincang dengan Alpinestars di Laguna Seca dua tahun yang lalu, saya telah menemui sebuah enjin jentera perlumbaan Ducati 750 port 1974 yang baru, yang masih lagi dalam kotaknya,” kata Wooloway.

Dia kemudiannya menambah, “Enjin tersebut telah dibina mengikut spesifikasi perlumbaan pada zaman itu dan merupakan jiwa Itali yang sempurna bagi motosikal ini, namun, ianya juga dilengkapi dengan komponen berspesifikasi perlumbaan semasa bagi menceritakan keseluruhan cerita “new and old” jenama ini dengan penggayaan dari jentera GP Itali tahun 1960-an dan sedikit sentuhan jentera GP Ducati yang moden. Pembina kerangka, Jeff Cole, dan saya telah bekerjasama menghasilkan kerangkanya, dan Jeff bersetuju untuk membina seksyen tengah projek ini.”

Lebih memeriahkan keraian ini, penunggang tajaan Alpinestars, Marc Marquez (Repsol Honda) dan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP), telah menamatkan GP Austin ini di tempat yang pertama dan ke-dua. Selamat ulang tahun ke-55, Alpinestars!

MotoGP Amerika Syarikat 2018 Marc Marquez Peroleh Kemenangan Keenam Berturut-turut Di Texas

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]