Mengumumkan Ketibaan Honda Monkey 2018!

  • Honda Europe telah memperkenalkan Honda Monkey 2018 yang telah bersedia untuk dikilangkan.
  • Motosikal Monkey 125cc yang baru ini bercirikan spesifikasi moden seperti meter LCD, lampu LED, ABS, IMU, dan fork terbalik (USD).
  • Enjin satu silinder 125ccnya itu mampu menghasilkan sehingga 9.3hp dan 11Nm tork.


Motosikal mini Honda yang paling dikenali ramai telah kembali dengan evolusi terkini. Honda Monkey 2018 ialah motosikal mini dengan pengemaskinian yang paling terperinci dalam rangkaiannya, dengan spesifikasi serta kelengkapan elektronik terkini yang jarang anda jumpai dalam sebuah motosikal 125cc.

Bagi tahun 2018, Honda telah melakukan segala yang mereka mampu bagi memastikan motosikal Honda Monkey 2018 seiring dengan peredaran zaman. Kelengkapan seperti fork hadapan terbalik, penyerap hentakan belakang berganda, instrumen LCD, dan lampu LED adalah sebahagian daripada ciri-ciri moden yang dilengkapkan pada motosikal Monkey yang baru ini.

Diinspirasikan oleh motosikal Monkey yang asal dari tahun 1960-an, penggayaan serta kemasan cat pada motosikal Honda Monkey 2018 terbaru ini berilhamkan motosikal yang asal. Dari bahagian-bahagian yang berkrom, hinggalah ke cermin bulat dan palang pemegang yang tinggi, motosikal ini pasti akan membawa anda mengimbau kenangan silam bagi mereka yang pernah memilikinya suatu ketika dahulu.

Motosikal mini seberat 107kg (berat basah) ini bercirikan enjin satu silinder, sejukan udara, empat lejang, 125cc yang telah dirombak semula bagi menghasilkan 9.3hp pada 7,000rpm dan 11Nm tork pada 5,250rpm. Dengan gerek dan lejangnya yang bersaiz 52.4mm dan 57.9mm, motosikal Monkey terbaru ini tidak jauh berbeza dengan Honda MSX125 atau Honda Grom dari segi keluaran kuasanya.

Ia bagaimana pun turut mempunyai sesuatu yang berbeza selain daripada tarikan retronya yang menggiurkan. Honda telah melengkapi motosikal Monkey terbaru mereka dengan sistem ABS berdasarkan IMU bagi membantu dalam pembrekan dan cengkaman. Ianya digandingkan dengan cakera brek hadapan 220mm yang beserta dengan cakera brek belakang 190mm.

Unit IMU juga turut membantu dalam memastikan roda belakang tidak terangkat sewaktu motosikal ini dikenakan pembrekan yang keras. Ciri ini selalunya hanya boleh didapati pada motosikal premium mewah seperti Ducati dan MV Agusta!

Honda Europe juga telah mengatakan bahawa motosikal Monkey yang baru ini mempunyai tahap kecekapan bahanapi 67km/liter (Mod WMTC), yang bermakna ianya mampu merentas sejauh 375.2km untuk satu tangki penuh! Cukup mengagumkan memandangkan hanya hanya perlu isi 5.6 liter petrol bagi menunggangnya dari Kualu Lumpur ke Pulau Pinang.

Melihat pada corak kunci ‘wave’nya yang juga bercirikan motif “Honda Old Wing”, terdapat sistem ‘answer back’ yang mana lampu motosikal Monkey ini akan berkelip apabila ditekan pada satu butang bagi membantu pemilik menentukan lokasi motosikal ini, terutamanya di tempat yang sesak. Namun, ianya mungkin tidak diperlukan memandangkan betapa menarik perhatiannya motosikal Monkey yang baru ini.

Ciri-ciri lain termasuklah kerangka yang dikemaskini dengan keseimbangan sempurna antara keteguhan dan rasa, pelana yang empuk, roda aluminium 12 inci 10 jejari, dan bermcam-macam lagi. Bagi mereka yang berminat untuk memilikinya, ianya didatangkan dalam tiga pilihan warna; Banana Yellow/Ross White, Pearl Nebula Red/Ross White, dan Pearl Shining Black/ Ross White. Tiada sebarang berita mengenai harga mahu pun bila ianya akan dilancarkan.

Honda mengeluarkan Monkey Bike sempena ulang tahun ke-50

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.