Honda Monkey 125 Concept Diperkenal di Vietnam Motor Show 2017

 

  • Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh.
  • Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom.
  • Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.


Sekitar bulan September tahun lalu, pengeluar motosikal gergasi, Honda, telah memfailkan satu paten bagi sebuah model Honda Monkey 125 terbaru. Motosikal Honda Monkey 125 concept ini telah muncul di Vietnam Motor Show yang terbaru yang diadakan pada minggu lalu di Bandaraya Ho Chi Minh. Honda Monkey 125 ini dikatakan diasaskan daripada Honda MSX 125 atau Honda Grom.

Berdasarkan gambar-gambar dan pelan yang dipatenkan yang telah disiarkan oleh MCN tahun lalu, motosikal konsep ini kelihatan agak mirip dengan yang ada dalam paten berkenaan, dengan skema warna kelabu dan perak serta warna kuning ‘flourescent‘.

Melihat pada perincian motosikal konsep ini, ianya berkongsi beberapa kelengkapan yang serupa yang dapat dijumpai pada MSX 125 terkini atau ‘Grom’ seperti roda aloi tempa, pakej keseluruhan cakera brek dan fork hadapan teleskopik.

Perbezaan terbesar antara Monkey dan MSX adalah rangka dimana anda dapat lihatnya dalam gambar-gambar ini, ia mempunyai rangka berwarna kuning ‘flourescent‘ yang memegang pelana tunggal Monkey 125. Dengan rangka ini juga, ia juga dilengkapkan dengan penyerap hentakan berkembar di bahagian belakang berbanding suspensi monoshock yang terdapat pada MSX 125.

Motosikal konsep ini juga dilengkapi dengan speedometer digital bersama dengan lampu hadapan LED yang ranggi bagi memodenkan motosikal klasik ini. Rekabentuk lampu hadapan bulat itu mengingatkan kami kepada motosikal konsep Honda 150SS Racer yang dipamerkan pada bulan lalu di Bangkok Motor Show 2017.

Tiada lagi maklumat tambahan yang telah dikongsikan oleh pengeluar motosikal Jepun ini namun sekiranya Monkey 125 ini menggunakan enjin yang sama dengan MSX 125, ia mungkin adalah enjin satu silinder, sejukan udara, 125cc dengan suntikan bahanapi yang menjana 9.7hp pada 7,000rpm dan 11Nm tork pada 5,250rpm. MSX 125 terkini memacu keseluruhan kuasanya ke roda belakang melalui transmisi manual empat kelajuan dengan pacuan terakhir rantai.

Memandangkan ianya bukan lagi motosikal yang dalam pengeluaran, kita tidak pasti tentang harga ataupun ketersediannnya dalam masa terdekat tetapi jika ia dipasarkan di tanah air kita, kami agak ia tidak akan jauh berbeza dari MSX 125 yang berharga RM11,128.94 (asas bersama GST).

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini. Sementara itu, TEKAN SINI untuk melihat keseluruhan Motosikal Honda yang terdapat di Malaysia.

Kredit gambar: Huy Nguyen

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]