- BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR.
- Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”.
- Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.
Melangkah ke masa hadapan seiring dengan peredaran zaman, BMW Motorrad dengan sepenuh hati telah menerima kehadiran teknologi futuristik dengan satu langkah yang revolusinari dalam pembinaan motosikal. Mereka dengan jayanya telah membina sebuah casis BMW S 1000 RR menggunakan pencetak 3D!
Casis dan lengan ayun cetakan 3D itu telah dihasilkan oleh BMW Motorrad dan diperkenalkan beberapa hari yang lau sewaktu acara “Digital Day” mereka di Mallorca, Sepanyol. Berdasarkan gambar yang telah disediakan, kita dapat lihat yang mereka telah menghasilkan rupa paras yang lebih ‘organik’, yang mana kami tidak terlalu pasti akan prestasinya.
Apa yang pasti; ia kelihatan amat MENGAGUMKAN. Berbanding dengan keluli keras dengan bucu yang tajam, bentuk kerangka ini tampak lebih semulajadi, bagaikan sebuah rangka benda hidup. BMW Motorrad telah menamakan proses cetakan 3D mereka, “Additive Manufacturing”.
Cara-cara proses penghasilannya diterangkan oleh BMW Motorrad seperti berikut:
- Bahagian-bahagian tida dimensi yang diperbuat dari plastik atau keluli dibentuk lapis demi lapis.
- Bahagian-bahagian berkualiti tinggi dapat dihasilkan dengan pantas, di samping memberikan kebebasan rekaan tidak terhad.
- Tidak memerlukan acuan tuang atau acuan tekan.
- Geometri bahagian-bahagiannya telah ditentukan secara keseluruhannya oleh set data digital.
Tiada sebarang maklumat tambahan yang telah diberikan mengenai teknologi ini, kecuali mereka sedang melakukan ujikaji dengannya sebagai sebahagian daripada proses R&D mereka. Buat masa ini, hanya BMW i8 Roadster sahaja yang menggunakan teknik yang agak sama untuk penghasilan kelengkapan, yang telah dinamakan sebagai proses ‘metal powder laser melting’.
Mungkin sekali, dalam masa beberapa tahun lagi, anda mampu memiliki motosikal lumba yang dicetak di hadapan mata anda sendiri dengan pilihan pengkhususan yang pelbagai di hujung jari anda.