KTM Malaysia Orange Enduro 2018 Siap Siaga Untuk Sungai Petani

  • Pusingan pertama bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan bermula pada 21 April 2018 di Sungai Petani, Kedah.
  • Hadiah bernilai sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada para peserta yang bersaing dalam lima kategori yang berbeza.
  • Ke semua dijemput hadir ke litar ‘KTM Off-Road Track’ yang baru siap dibina (bersebelahan Amanjaya Mall) untuk satu hari yang penuh dengan keseronokan di atas litar tanah merah.

Perhatian buat semua penggemar motocross dan perlumbaan litar tanah merah di wilayah utara, satu pengumuman buat anda! Pusingan pertama bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 bakal muncul tiba pada 21 April 2018 (hari Sabtu yang akan datang). Mereka yang berminat untuk menyertai boleh mengambil bahagian dalam lima kategori berbeza dengan harapan untuk membawa pulang hadiah utama dan yang lebih penting lagi, hak untuk menggelar diri sebagai yang terbaik dalam kancah perlumbaan motocross kebangsaan.

Acara perlumbaan ini telah dianjurkan berikutan kejayaan yang memberangsangkan KTM Malaysia sewaktu mereka menganjurkan acara KTM Malaysia Fun Enduro 2017 pada tahun lalu di Litar Off-Road Sungai Buaya di Rawang. Siri perlumbaan ini sebenarnya terbuka untuk ke semua motosikal daripada jenama yang berbeza yang akan menyaksikannya dibahagikan kepada lima kategori berbeza; Open, Veteran, KTM Enduro, CKD, dan Cubcross.

Dengan kerjasama Elf Lubricants Malaysia, EDT Printing, Gracshaw Helmets, Amanjaya Mall dan Bikes Republic, acara berkenaan dikatakan sebagai program terbesar yang telah dirancang oleh KTM Malaysia untuk tahun ini.

Dengan siri perlumbaan Orange Enduro 2018 terbaru ini, KTM Malaysia berharap dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baru negara dalam kancah perlumbaan motocross dan penunggangan off-road. Melalui acara yang akan dianjurkan ini, mereka juga berharap untuk mendedahkan lagi segmen sukan ini dan dengan itu, menambah lagi penonton dan pengikutnya di seluruh negara.

Bagi memastikan yang ianya bukan acara satu kali sahaja, KTM Malaysia telah mengambil langkah tambahan dengan membina litar tanah merah mereka yang serba baru yang terletak bersebelahan dengan Amanjaya Mall di Sungai Petani, Kedah. Acara berkenaan juga bakal mendapat sokongan yang menyeluruh daripada kumpulan pemilik KTM Duke wilayah utara.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk kedua-dua peserta dan juga hadirin. Dengan kehadiran gerai-gerai yang popular dan trak-trak makanan yang menyelerakan, akan ada sesuatu yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga di samping aksi perlumbaan tanah merah yang menyeronokkan. Terdapat juga promosi serta diskaun istimewa bagi barangan KTM PowerWear yang hebat pada hari acara berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai siri perlumbaan ini, TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai yuran pendaftaran dan juga untuk memuat turun borang pendaftarannya. Jumpa anda di sana!

Sebab-Sebab Mengapa Anda Perlu Beri Perhatian Kepada Motosikal Suntikan Bahanapi Dua Lejang KTM

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]