- Shell Advance ingin memberi ganjaran buat pengguna minyak pelincir motosikal 4T mereka melalui promosi terkini mereka.
- Apa yang perlu anda lakukan adalah membelanjakan sekurang-kurangnya RM25 dalam satu resit sama ada dengan pembelian minyak pelincir enjin atau minyak gear.
- Selain daripada sebuah motosikal Ducati, Shell juga akan menghadiahkan dua pasang kacamata hitam Oakley setiap minggu!
Shell Advance ingin menghadiahkan anda sebuah motosikal Ducati Monster 797, dan apa yang perlu anda lakukan adalah dapatkan minyak pelincir Shell Advance dan anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motosikal Ducati Monster bernilai RM56,000.
Peraduan ini telah berlangsung bermula dari 1 April 2018, sehingga 31 Mei 2018, dan selain daripada hadiah utamanya, motosikal Ducati Monster tersebut, Shell juga akan menghadiahkan dua orang pemenang mingguan dengan sepasang kacamata Oakley!
Para pemenangnya akan diumumkan di laman Facebook Shell (‘like’ dan ‘follow’ laman Facebook Shell tersebut dengan menekan SINI), dan juga di laman sesawang rasmi Shell Malaysia.
Untuk menyertai peraduan ini, apa yang perlu anda lakukan hanyalah dapatkan mana-mana minyak enjin motosikal 4T atau minyak gear Shell Advance bernilai paling minimumnya RM25 (sebelum GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel berjenama Shell Advance, bengkel-bengkel terpilih, atau dari kedai atas talian rasmi di Lazada Malaysia.
Anda kemudiannya perlu menjawab satu soalan yang mudah, ambil gambar resit anda dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (hantarkan kepada 018 -3791326) atau e-mel ke alamat [email protected].
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, Cik May Tan, promosi ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada penunggang motosikal yang bijak memilih, yang mempercayai Shell Advance dalam memberi perlindungan penuh kepada enjin motosikal mereka.
“Dengan Shell Advance, anda mampu menangani sebarang ketidaktentuan dan mempunyai keberanian mengejar impian anda. Bagi kebanyakan penggemar motosikal dan peminat MotoGP, impian tersebut adalah untuk memiliki sebuah motosikal Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya kenyataan,” ujar Cik May Tan.
Minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra mengandungi teknologi hak milik Shell, iaitu “PurePlus Technology”. “PurePlus Technology” adalah sebuah proses ‘gas-to-liquid’ (GTL) revolusinari yang mengubah gas semulajadi kepada asas minyak yang jernih tanpa segala kekotoran yang ada pada minyak mentah.
Asas minyak GTL memberikan tahap pembersihan yang lebih tinggi dan perlindungan kehausan dan penghakisan yang lebih baik. Hasilnya, satu-satunya minyak enjin motosikal seadanya, Shell Advance Ultra dengan Pureplus Technology mampu memberikan mulaan yang bersih dan memberikan lebih banyak kuasa yang lestari pada setiap masa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan Shell Advance Buy & Win ini, layarilah laman sesawangnya di www.shell.com.my/Advance.