Taman Memorial Nicky Hayden Akan Dibina di Misano

  • Pegawai perbandaran Misano telah meluluskan pembinaan taman memorial Nicky Hayden di Rimini, Itali.
  • Terletak di lokasi insiden kemalangan pada tahun lalu, taman ini akan dinamakan “Giardino Nicky Hayden”.
  • Taman ini hanya beberapa minit sahaja dari Misano World Circuit Marco Simoncelli dan akan dirasmikan pada 22 Mei 2018.

Sudah hampir setahun telah berlalu sejak kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa penunggang legenda MotoGP, Nicky Hayden, pada bulan Mei tahun lalu sewaktu dia sedang menunggang basikalnya di Rimini, Itali. Tahun ini, Pegawai perbandaran Misano telah meluluskan pembinaan taman memorial Nicky Hayden bagi memperingati penunggang kelahiran Amerika Syarikat yang meninggal dunia pada usia 35 tahun.

Dalam satu laporan oleh pasukan berita dari Itali, Rimini Today, taman memorial itu adalah usahasama oleh teman-teman rapat Nicky. Salah seorang daripadanya adalah Denis Pazzaglini, yang juga merupakan ketua mekanik Nicky sewaktu dia berada bersama pasukan Repsol Honda. Persahabatan mereka telah terjalin sewaktu Hayden menunggang bagi pasukan Repsol Honda, yang mana ianya juga membuahkan hasil dengan penabalan Nicky sebagai Juara Dunia MotoGP bagi musim 2006.

Bagi mereka yang berminat untuk melawat taman ini selepas ianya siap dibina perlu tahu bahawa ianya bertempat di lokasi insiden kemalangan tersebut, di antara Ca’Raffaelli dan via Tavoleto, yang mana hanya lima minit sahaja dari litar Misano World Circuit Marco Simoncelli.

Upacara pembukaan taman ini yang akan dinamakan “Giardino Nicky Hayden” telah dijadualkan pada 22 Mei 2018; Ulang tahun pertama pemergian mendiang Nicky Hayden.

Laporan Penyiasatan Kemalangan Nicky Hayden Dikeluarkan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]